[VIDEO] 'Dah jumpa ke belum beg tu?', polis P. Pinang siasat punca 2 lelaki bergaduh di restoran nasi kandar


  • 112
  • Rabu, 05 Jun 2024

Tankap layar video aksi pergaduhan dua lelaki tempatan di sebuah premis makanan di Pulau Pinang baru-baru ini.

TULAR sebuah video dua lelaki tempatan terlibat dalam satu insiden pergaduhan dalam sebuah premis makanan di George Town, Pulau Pinang pada Jumaat minggu lepas (31 Mei).

Menerusi video berkenaan, dua lelaki itu bertentangan mata sebelum kedua-dua mereka terlibat dengan pertengkaran mulut sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku dalam premis tersebut.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 50 saat itu, sebelum pergaduhan terbabit bermula mereka ditenangkan oleh beberapa individu yang dipercayai pekerja di kedai makan tersebut.

BACA LAGI: Tiga rakan berpelukan, sempat beri amaran kepada pengunjung lain sebelum dihanyutkan arus deras sungai

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang panik, rempuh pokok budak gatal tangan 'rem' motosikal

Namun, keadaan semakin dingin apabila kedua-dua lelaki tidak berpuas hati dengan berlakunya adegan pukul-memukul sehingga menyebabkan tiada siapa berani untuk meleraikan pergaduhan itu.

Pergaduhan itu tidak terlerai di dalam premis, malah turut bersambung di luar kedai sehinggakan salah seorang daripada mereka dicampak kerusi sehingga terjatuh atas lantai.

Video itu turut mendapat reaksi daripada orang ramai kerana fokus mereka tertumpu kepada beg duit salah seorang daripada lelaki itu tercampak di atas 'chiller' (peti sejuk).

"Bagi tahu abang yang kena pukul itu, dia punya beg duit atas chiller," kata Mohd Adelie.

"Lapar sangat itu, benda kecil pun nak gaduh ke," ujar Razalim Razali.

"Elok boleh makan nasi kandar, tak pasal-pasal makan penumbuk dulu," luah Izlan Ringgo.

"'Dah jumpa ke belum beg itu?" soal Muhd Mikhail.

Kenyataan

Kenyataan yang dikeluarkan pihak polis berkenaan insiden pergaduhan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung video pergaduhan yang tular di media sosial itu.

"Polis telah terkesan satu rakaman video tular memaparkan insiden pergaduhan antara dua lelaki tempatan di sebuah kedai makan.

"Semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 31 Mei 2024 lebih kurang pukul 4.00 pagi di sebuah kedai makan di George Town, Pulau Pinang."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram