[VIDEO] Penunggang panik, rempuh pokok budak gatal tangan 'rem' motosikal


  • Benua
  • Isnin, 03 Jun 2024

Tangkap layar video penunggang motosikal itu terkejut selepas salah saorang daripada kanan-kanak itu memulas terotel motosikal miliknya.

AKIBAT tindakan sekumpulan kanak-kanak, seorang penunggang motosikal telah kerugian ribuan ringgit selepas pacuan dua roda miliknya mengalami kerosakan akibat kemalangan kecil baru-baru ini.

Tular di media sosial rakaman papan pemuka (dashcam) motosikal jenama Yamaha jenis R-Series Pedigree itu memperlihatkan sekumpulan kanak-kanak begitu teruja melihat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan tersebut.

Sebelum insiden malang itu berlaku, sekumpulan kanak-kanak menghampiri penunggang motosikal berkenaan untuk melihat jentera berkuasa tinggi itu secara dekat.

BACA LAGI: Misteri '4 jari' terjawab, Sabah alami tunggakan gaji sejak Mac — Sumber

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak rasa kaki', pemain lawan terjah Alif minta izin melawat

Tanpa menghalau atau melarang kanak-kanak itu, mereka sempat bermain-main dengan hon serta butang suis yang ada pada panel motosikal berkenaan.

Namun tanpa diduga salah seorang daripada kanak-kanak itu telah bertindak memulas terotel motosikal itu sehingga menyebabkan jentera itu bergerak laju ke hadapan sehingga melanggar pokok yang berada di bahu jalan.

Bukan sahaja melanggar pokok, malah 'windshield visior' yang ada pada hadapan motor itu juga tercabut kesan daripada kemalangan itu.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut tetapi dipercayai berlaku di luar negara.

Pada penghujung video, kelihatan sekumpulan kanak-kanak itu seakan-akan memohon maaf kepada penunggang tersebut atas perbuatan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram