Tiada projek diberikan kepada suami Hannah Yeoh — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Rabu, 29 Mei 2024

Fahmi (kiri) mengesahkan tiada projek diberikan kepada syarikat milik suami Hannah (kanan).

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan wujud penyerahan projek secara terus kepada syarikat milik suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh iaitu Ramachandran Muniandy.

Sebelum ini, wujud dakwaan kontrak bagi projek Transit Permintaan Responsif Selangor (DRT) diberikan kepada syarikat milik Ramachandran iaitu Asia Mobiliti Technologies.

Dalam dakwaan tersebut, kerajaan Selangor dikatakan memberikan projek kepada syarikat tersebut menerusi tender secara terus.

BACA LAGI: SPRM sudah teliti dan periksa, tiada kes libat suami Hannah Yeoh — Azam Baki

BACA LAGI: Tiada kesalahan Selangor beri projek kepada syarikat suami Hannah Yeoh — Azam Baki

Sebelum ini, Asia Mobiliti merupakan salah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk melaksanakan projek DRT hasil inisiatif kerajaan Selangor menerusi Inisiatif Mobiliti Selangor.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah memaklumkan mengenai isu Asia Mobiliti dan telah melakukan pembuktian konsep di Selangor dan dia (Perdana Menteri) turut mengingatkan menteri-menteri Kabinet bahawa lesen yang dipegang syarikat itu dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan belum ada kontrak yang diberikan.

"Dan seperti apa yang Perdana Menteri katakan pada Selasa (28 Mei), jika ada laporan dibuat kepada pihak berkuasa, mereka akan menjalankan siasatan," katanya Fahmi.

Baru-baru ini, Anwar ada mengatakan siasatan perlu dilakukan secara telus jika laporan dilakukan terhadap projek tersebut.

Namun begitu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengatakan siasata tidak perlu dijalankan terhadap projek tersebut.

Hal ini kerana, tiada sebarang kesalahan yang dilakukan dalam projek tersebut.

Pertikaian mengenai pemilih Asia Mobiliti untuk projek tersebut timbul selepas rakyat mempersoal sama ada projek itu dianugerahkan secara tender terbuka atau runding terus.

Malah, merit syarikat itu untuk mengendalikan projek tersebut turut dipersoal kerana keberadaan Ramachandran di dalam Asia Mobiliti. — The Star/ARFA YUNUS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram