[VIDEO] Penduduk cemas dilanda hujan ais batu, pokok tumbang hempap kereta di Bukit Beruntung


  • Tular
  • Rabu, 29 Mei 2024

Tangkap layar fenomena hujan ais batu melanda penduduk di kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Selangor pada Rabu.

PENDUDUK di kawasan berhampiran Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Selangor gempar apabila dilanda fenomena hujan ais batu pada petang Rabu.

Perkara itu disedari orang ramai selepas hujan ribut dipercayai mula melanda sejak 5.00 petang.

Memuat naik video dan gambar di laman Facebook, rata-ratanya berkongsi pengalaman mereka tentang fenomena hujan ais batu tersebut.

"Angin kuat betul sampai tertutup tingkap dibuatnya, petir menyambar takut terus tutup elktrik," kata Nrhaizm.

"Sempat parkir kereta bawah bumbung, naya kalau tidak kemik retak cermin dibuatnya," ujar Calcin Loo.

"Ribut, angin, kencang, hujan batu, anak kecik kutip cepat jerit jangan masuk mulut," tambah Khairunnisa Kadir.

Dalam pada itu, perkongsian warganet di ruangan komen memaparkan situasi pokok tumbang dan menghimpap sebuah kereta di kawasan berkenaan.

photo_2024-05-29_17-53-59

Sebuah kereta dihempap pokok tumbang akibat hujan ribut di Hulu Selangor..

Malah, laluan di taman berkenaan juga dikatakan terhalang akibat pokok tumbang dan mengakibatkan trafik sesak di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan sebanyak tiga buah kereta yang diletakkan di parkir Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Langat remuk dihempap pokok tumbang.

Jelasnya, seramai tujuh anggota dan pegawai lain-lain pangkat beserta dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi yang terletak lapan kilometer (km) dari BBP Bukit Sentosa, sebatang pokok didapati tumbang dan menghempap kereta tiga buah kereta jenis Proton Wira dan dua buah Perodua Myvi.

“Kesemua kenderaan terbabit diletakkan di kawasan parkir apartmen. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok difahamkan telah selesai dijalankan pihak terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram