SEORANG penjual baju raya terkilan selepas dia tidak sempat menunaikan hasrat pelanggannya yang mahu menghadiahkan pakaian raya kepada bapanya.
Ia selepas bapa kepada pelanggan itu difahamkan meninggal dunia pada waktu tengah hari sebelum sempat dia menghantar bungkusan pakaian berkenaan pada petang hari tersebut.
Kisah menyayat hati yang dipercayai berlaku di Perlis itu dikongsikan sendiri seorang pengguna di laman X, aniqazfaradnan menerusi satu hantaran pada Rabu.
"Cerita sedih hari ini. Aku hantar parcel baju raya dekat rumah customer ni. Anak dia duduk di luar belikan buat surprise. Aku hantar petang, pakcik tu meninggal tengah hari.
"Gila terkilan aku. Aku hubungi dia nak inform dah hantar dia tengah menangis dalam perjalanan balik ke Perlis," katanya.
Menjelang pertengahan bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia mula membuat persediaan hari raya termasuk dengan melakukan pembelian baju Melayu. — Gambar hiasan
Menurut aniqazfaradnan, ketika melakukan penghantaran tersebut, bungkusan pakaian tersebut diambil oleh isteri arwah yang turut memaklumkan mengenai pemergian suaminya.
"Masa hulur tu dia kata, 'pakcik dah tiada, takdan nak tengok baju raya anak dia beli'??? (Lepas hantar) aku mati enjin duduk tepi jalan bawah pokok bagi tenangkan fikiran," tulisnya.
Dia yang duduk berdekatan dengan kediaman pelanggan itu memaklumkan, arwah difahamkan sudah selamat dikebumikan pada malam hari tersebut.
Menurutnya, walaupun tidak mengenali secara peribadi dengan keluarga tersebut, peristiwa itu meninggalkan kesan cukup mendalam buat dirinya.
"Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Aku terkilan walau tak kenal personal," ujarnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen, salah seorang anak kepada arwah yang menggunakan nama akmalrshd turut mengakui kejadian yang berlaku.
BACA LAGI: Budak 4 tahun di Sungai Buloh maut terjatuh tingkat 16 lepas panjat sofa tepi tingkap
Cerita sedih harini. Aku hantar parcel baju raya kt rumah cust ni. Anak dia dok penang belikan buat surprise. Aku hantar petang, pakcik tu meninggal tengah hari. Gila terkilan aku. Aku call dia nak inform dah hantar dia tengah nangis otw drive balik perlis. Fak
— kxd (@aniqazfaradnan) March 27, 2024
Dia berkata, baju berkenaan dibeli oleh kakaknya untuk dihadiahkan kepada bapa mereka.
"Rasanya yang bro hantar parcel tu rumah mak saya. Yang menangis tu kakak saya dia dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur waktu tu. Apa-apa pun terima kasih ya," tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, beberapa warganet turut berkongsikan pengalaman serupa yang pernah dialami mereka sebelum ini.
"Pernah juga macam ni waktu buat jualan dulu. Makcik ni nak belikan ubat untuk abangnya, tapi masih belum ada bajet. Selepas seminggu, aku follow up balik dia kata abangnya dah meninggal dunia," tulis AbeGerepp.
"Abang saya pernah jahit baju Melayu jiran. Si anak yang tempah baju untuk ayah dia pakai raya. Abang tak sempat jahit lagi tapi ayah dia meninggal waktu bulan puasa. Tapi abang teruskan sahaja jahit tapi tak ambik upah pun," ujar nursuhanabakar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram