Kerajaan Perpaduan sebulat suara, hantar calon PKR bertanding PRK Sungai Bakap


  • Politik
  • Isnin, 03 Jun 2024

PKR akan mendapat sokongan daripada kesemua parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan dalam PRK Sungai Bakap.

SEORANG calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dinamakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan sokongan akan diberikan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan.

Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, parti komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan secara bersama menyokong calon daripada PKR.

"Tiada parti lain yang mahu bertanding di situ kerana sebelum ini, PKR bertanding di kerusi itu. Walaupun sebelum seorang calon dinamakan terhadap pucuk pimpinan, parti komponen lain sudah memberikan sokongan," katanya.

BACA LAGI: Keputusan PKR lantik pegawai kerajaan jadi ahli MPP parti cetus persoalan

BACA LAGI: MP PKR tawar diri jadi peguam Akmal Saleh

Penang Chief Minister Chow Kon Yeow ( seated, third left ) and PKR vice-president Nurul Izzah Anwar ( seated, second left ) and other leaders at a press conference by

Chow (bawah, tiga dari kanan) mengumumkan perkara itu pada Isnin.

Chow berkata demikian dalam satu sesi sidang media di ibu pejabat negeri DAP di Jalan Rangoon, Pulau Pinang pada Isnin dengan disertai Pengerusi PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kesemua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan berganding bahu untuk memberikan sokongan buat calon PKR dalam pilihan raya berkenaan akan datang.

"Ini adalah kali pertama kami akan bekerjasama dalam PRK, tetapi pengalaman sepanjang tahun bersama Kerajaan Perpaduan sudah menunjukkan ia boleh membuahkan hasil.

"Kami akan bekerjasama untuk mendapatkan semula kerusi Sungai Bakap yang sebelum ini diperintah wakil PKR untuk tiga penggal. Kami juga akan berbincang strategi dan isu yang perlu diberikan perhatian di sana," katanya.

Ahad lalu, terdapat laporan mengatakan PKR Pulau Pinang sudah menyenaraikan lima nama anggota parti untuk dikemukakan kepada presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk kerusi tersebyt.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, barisan kepimpinan parti negeri sudah menerima nama calon berpotensi daripada cabang sekitar Nibong Tebal.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dikosongkan selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu akibat sakit perut.

Allahyarham yang merupakan Pengerusi PAS Nibong Tebal bertanding ketika Pilihan Raya Negeri yang lalu menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dari PKR dengan majoriti 1,563 undi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram