SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Jun bagi menentukan tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi itu susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei.
Ikmalrudin berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Sungai Bakap.
BACA LAGI: PRK Sg Bakap: BN jamin bantu calon Perpaduan — Ahmad Zahid
BACA LAGI: Permohonan subsidi diesel, Budi Madani RM200 sebulan dibuka Selasa
“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Nor Zamri, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 1.38 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang kerana mengalami keradangan dalam perut dan telah menerima rawatan di pusat perubatan itu, sejak awal bulan ini.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri yang juga ketua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram