Keputusan PKR lantik pegawai kerajaan jadi ahli MPP parti cetus persoalan


  • Politik
  • Khamis, 30 Mei 2024

Pada 26 Mei lalu, Roslan merupakan antara nama yang diumumkan dilantik menjadi Ahli MPP susulan daripada rombakan dalaman yang dilaksanakan PKR. — PKR

KEPUTUSAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik seorang individu dipercayai masih memegang jawatan di dalam pentadbiran awam untuk menjadi menimbulkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu menimbulkan tanda tanya.

Ia selepas tindakan itu dilihat bertentangan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian terbabit.

Perkara tersebut dibangkitkan seorang pengguna Facebook, Nurul Mohamed Yusoff ekoran pelantikan Datuk Dr Roslan Hussin yang dikatakan masih memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan walaupun ada kedudukan sebagai Ahli MPP PKR.

BACA LAGI: Penjimatan subsidi sahaja tidak cukup, perlu ada rombakan sistem percukaian — Pakar ekonomi

BACA LAGI: Malaysia tak cukup pakar pokok — PArM

"Hasil semakan aku, sah dia ini merupakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Seorang kakitangan awam. Eh jap, bukan dah ada pekeliling Ketua Setiausaha kementerian (Rujukan: KPM.UI.S.500-4/20/1(16) yang melarang sebarang keterlibatan dalam politik ke atas pegawai kumpulan pengurusan tertinggi kerajaan ke?

"Perkara 3.6 secara jelas menyatakan larangan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. Walaupun ada pengecualian, boleh terlibat dengan kebenaran, (ia) hanya untuk kumpulan pelaksana dan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 sampai DG48.

"Sah-sah dia ini kumpulan pengurusan tertinggi," tulis hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Nurul Mohamed yang merupakan seorang pengguna sosial media cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) turut berkata, pelantikan Roslan juga dilihat dilakukan pada 26 Mei lalu, iaitu ketika pemimpin tersebut masih berada dalam perkhidmatan.

Ujarnya, fakta tersebut bertentangan dengan dakwaan mengatakan Roslan sudah berpencen ketika dia dilantik ke posisi berkenaan.

"Buktinya pada 27 Mei 2024, dia mempengerusikan sidang media pengumuman keputusan SPM Negeri Sembilan.

"Macam mana Perdana Menteri (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang juga boleh melantik dia sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan langgar peraturan kerajaan yang dia pimpin? Sendiri buat peraturan sendiri langgar ke?" soal Nurul Mohamed.

Pada 26 Mei lalu, Roslan merupakan antara nama yang diumumkan dilantik menjadi Ahli MPP susulan daripada rombakan dalaman yang dilaksanakan PKR.

337888809_138475885832805_7386987038232422770_n

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden. — Facebook/AfnanHamimiTaibAzamudden

Sementara itu, turut membangkitkan persoalan mengenai kewajaran pelantikan tersebut ialah Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

"Saya semak dengan laman web KPM dan menunjukkan nama sama (Roslan) yang menjadi Pengarah JPNS.

"Saya mahu tanya, adakah Roslan yang dilantik PKR ini orang yang sama?

"Sengaja mahu tanya, kalau betul orang yang sama, bermakna PKR ini boleh pula lantik penjawat awam menjadi anggota parti politik? Lagi-lagi memegang jawatan MPP pula.

“Kalau benar dia dilantik, kenapa ada cikgu aktif dalam politik yang menyokong PN, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ini diambil tindakan, diberi surat tunjuk sebab, ditukar sekolah, disekat dan banyak lagi tindakan?” soalnya menerusi video dimuat naik di Facebook pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram