SEORANG pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi peguam mewakili Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Dr Muhamad Akmal tidak sepatutnya disiasat di bawah undang-undang ini kerana kedua-duanya bersifat 'kukuh besi' dan sering dilabelkan sebagai 'draconian'.
“Pakatan Harapan pernah berjanji dalam manifesto kami untuk memansuhkan Akta Hasutan dan meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang terlalu luas, kabur dan terbuka kepada penyalahgunaan.
“Ketua Pemuda Umno itu perlu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang lebih adil dan munasabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA LAGI: 'Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah
Stoking kalimah ALLAH menimbulkan kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia.
BACA LAGI: Umno Selangor perlukan pemimpin seperti KJ untuk 'comeback'
Hassan berkata, meskipun ramai pihak mungkin tidak bersetuju dengan pandangan Dr Muhammad Akmal, haknya untuk bercakap dan menyatakan pendiriannya mengenai kontroversi dalam isu stoking tertera kalimah ALLAH itu dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan setiap rakyat berhak untuk kebebasan bersuara.
“Saya secara peribadi telah disiasat, dituduh dan dibicarakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan tahu betapa kejamnya ia.
“Sebagai seorang peguam dan ahli Parlimen yang ingin melihat Akta Hasutan dimansuhkan di Malaysia, saya dengan ikhlas menawarkan diri, sekiranya Dr Muhammad Akmal sudi dan bersetuju menerima tawaran saya, untuk menjadi salah seorang peguam bela dalam pasukan peguamnya sekiranya beliau masih tertuduh di bawah Akta Hasutan," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram