Polis rampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan bantu siasatan penemuan bukti baharu


  • 112
  • Ahad, 02 Jun 2024

Untuk rekod, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pukul 10 malam.

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa polis bertindak merampas telefon bimbit milik ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk siasatan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

Menerusi laporan Buletin TV3, Hussein berkata, rampasan dilakukan itu merupakan prosedur biasa dalam proses siasatan.

“Telefon kedua-dua mereka dirampas. Itu prosedur biasa dalam siasatan,” katanya.

BACA LAGI: Nasib 7 wakil rakyat BERSATU terjawab, PRK bakal jadi penentu masa depan Umno, kerjasama Kerajaan Perpaduan

BACA LAGI: Azmin dan Hamzah belum cukup syarat, tiada keperluan tanding rebut jawatan Timbalan Presiden BERSATU — Wan Saiful

Hussein bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai rampasan lain dibuat pihaknya dalam siasatan berkenaan.

Pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu selepas polis dilaporkan menjumpai penemuan baharu dalam siasatan kes tersebut.

1954918 (1)

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Perintah reman dikeluarkan Majistret Azura Mohd Saad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Untuk rekod, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pukul 10 malam sekitar Disember tahun lalu.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram