PENINGKATAN kadar jenayah terutama di Selangor kini dilihat semakin membimbangkan para penduduk.
Mana tidaknya, indeks jenayah dilaporkan meningkat 6.15 peratus di negeri itu dalam sembilan bulan pada 2023 berbanding 2022.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika itu berkata, kenaikan itu membabitkan peningkatan jumlah kes jenayah seperti bunuh, serangan seksual, rogol dan sebagainya.
BACA LAGI : Remaja bawah umur rupanya, suspek belasah gelandangan di Klang ada rekod jenayah
Hussein Omar pernah menyatakan peningkatan kadar jenayah di Selangor.
Bukan itu sahaja, salah satu daerah dalam Selangor iaitu Klang dilaporkan menjadi destinasi pertama lawatan kerja Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 2024.
Perkara itu diumumkan oleh pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain walaupun kadar jenayah dikatakan meningkat di seluruh negara.
Katanya, lokasi tersebut menjadi pilihan susulan dakwaan negatif dilontarkan sesetengah individu dengan mengatakan Klang tidak ubah seperti sebuah daerah di Colombia yang penuh dengan kes jenayah.
Disebabkan kes jenayah yang dikatakan sering berlaku di daerah tersebut, ramai juga memberi gelaran Klang sebagai 'black area'.
Dakwaan itu kemudiannya dinafikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Hussain dengan menegaskan PDRM komited memastikan dan menentukan Klang bersih, malah tidak akan sama sekali membenarkan Klang disamakan dengan Colombia.
Namun, selain Klang, ada juga sesetengah warganet dilihat mendakwa bahawa Damansara antara lokasi lain yang kerap juga berlakunya kes jenayah.
BACA LAGI : Zayn Rayyan: Hanya seorang suspek terlibat, letak mayat waktu hujan lebat — Polis
Kes pembunuhan Zayn Rayyan yang menggemparkan penduduk Damansara.
Ia selepas penduduk dikecohkan dengan kes pembunuhan seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan di rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Disember 2023.
Kes yang paling menyentuh hati ramai itu bagaimanapun tidak dapat menolak dakwaan Damansara menduduki tangga kedua selepas Klang.
Terbaharu, berlaku pula satu kebakaran melibatkan kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, Selangor pada Khamis.
Pihak polis mendapati perkara itu berlaku angkara perbuatan seorang individu dipercayai pekerja p-hailing yang turut melakukan vandalisme dengan menconteng perkataan mengutuk kerajaan.
Sebuah kereta polis yang rentung angkara perbuatan tidak bermoral di Mutiara Damansara.
Rentetan daripada kejadian tersebut, rata-rata warga maya dilihat mula membongkar satu demi satu kes jenayah lain melibatkan kes ragut, gangguan seksual dan sindiket mencuri.
Salah seorang pengguna Twitter (X) @MiaEery pernah memuat naik satu hantaran yang membongkar sindiket mencuri kereta menggunakan modus operandi licik.
Dia turut mendakwa pencuri menggunakan gelaran VIP di akaun Facebook untuk memancing dan memperdayakan mangsa serta bergiat aktif di kawasan Damansara.
Bukan sekadar itu, penduduk Damansara juga pernah digemparkan dengan kejadian ragut di Damansara Utama yang mana mangsa merupakan warga asing.
Disebabkan itu, orang ramai menggesa agar kes jenayah yang kerap berlaku di lokasi itu mendapat perhatian terutamanya daripada pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram