Nahas helikopter TLDM: Presiden Erdogan kongsi rasa berduka bersama keluarga mangsa, rakyat Malaysia


  • Primer
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Erdogan (kanan) sememangnya mempunyai hubungan cukup baik bersama Anwar.

PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan meluahkan rasa simpatinya terhadap nahas melibatkan dua buah helikopter ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 Selasa lalu.

Perkara itu diluahkan menerusi satu surat ringkas yang dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di akaun media sosial peribadinya.

"Saya menerima perkhabaran cukup mendukacitakan apabila 10 anggota meninggal dunia dalam satu nahas melibatkan dua buah helikopter tentera yang berlaku di Perak.

"“Kami mendoakan rahmat Tuhan kepada para syuhada. Saya mewakili Turkiye dan diri saya ingin mengucapkan takziah kepada Tuan Yang Terutama (Anwar), kepada keluarga yang sedang berduka dan rakyat Malaysia,” katanya.

BACA LAGI: Anwar pulangkan elaun Khazanah, kekal tidak ambil gaji PM

GMKMvSzbAAATmed (1)

Satu surat ringkas dikirimkan Erdogan kepada Anwar atas tragedi berkenaan.

BACA LAGI: PM Anwar nafi laporan kerajaan mahu buka kasino di Forest City

Hubungan rapat antara Erdogan dan Anwar sememangnya sudah diketahui umum apabila Presiden Turkiye itu antara yang terawal mengucapkan tahniah atas kejayaan Anwar dilantik Perdana Menteri tahun lalu.

Selain itu, Anwar juga pernah memberikan salam takziah buat negara Eropah tersebut yang dilanda gempa bumi sehingga mengorbankan ribuan penduduk.

Dalam kejadian yang berlaku di Lumut, Perak Rabu lalu, seramai 10 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan maut apabila helikopter dinaiki mereka terhempas.

Berdasarkan video tular di media sosial, insiden berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bertembung di udara ketika sesi latihan berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram