PM Anwar akan rasmikan Fakulti AI di UTM pada 3 Mei


  • Primer
  • Rabu, 03 Apr 2024

Fakulti AI akan dirasmikan di UTM oleh Anwar Ibrahim pada 3 Mei 2024. — Gambar hiasan

PENUBUHAN Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Mei 2024.

Dalam persidangan Dewan Negara, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi penubuhan fakulti itu selari dengan perkembangan teknologi termasuk AI.

"Buat masa ini, Kementerian Kewangan memberikan peruntukan awal dan fakulti itu sedang diperbaiki dan diubah suai, peralatan berkaitan juga sedang dilengkapkan di fakulti ini," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara pada Rabu.

BACA LAGI: 'Mood raya dah on ke?', ramai peniaga di Jalan TAR selamba tinggalkan balang air di tempat kotor

2347604

Mustapha memberitahu tentang penubuhan Fakulti Ai di UTM akan datang. — The Star

BACA LAGI: Banyak bangunan runtuh, gempa bumi terkuat dalam tempoh 25 tahun melanda Taiwan

Mustapha berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Seri Profesor Dr Awang Sariyan yang bertanya tentang perkembangan terkini berhubung penubuhan Fakulti AI.

Katanya, keputusan untuk menutup atau mengubah suai fakulti mengikut perkembangan semasa berdasarkan kebolehpasaran graduan.

"Kementerian akan menilai fakulti mengikut indikator berkaitan kebolehpasaran graduan, bila kebolehpasaran graduan di bawah 30 peratus, memang fakulti itu terpaksa diberhentikan atau diubah suai supaya mengikut keperluan industri.

"Kita akan pastikan pelajar di semua fakulti dapat mengikuti kursus yang didedahkan dengan teknologi baharu terutamanya AI," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui sama ada terdapat kesan terhadap kursus sedia ada di insitusi pengajian tinggi disebabkan perkembangan AI dan langkah diambil kementerian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram