MEMASUKI minggu akhir Ramadan, ramai yang tidak melepaskan peluang melakukan kebaikan untuk merebut pahala di bulan mulia itu.
Terbaharu, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Boss James menerima pujian kerana menyedekahkan beberapa barang keperluan di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang, Selangor pada Jumaat.
Antara sumbangan yang diberikan kepada guru dan murid sekolah itu. — Facebook/Boss James
Lebih menarik perhatian apabila dia yang bukan beragama Islam dilihat mampu menjadi contoh baik kepada masyarakat lain.
"Minggu terakhir Ramadan tahun ini. Syukur diberi peluang untuk melawat Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang.
"Jumpa ustaz, ustazah yang ramah. Adik semua belajar baik-baik ya, nanti jadi insan mulia Jumpa lagi di Ramadan tahun depan (2025), dengan izin-Nya," tulisnya di hantaran Facebook.
Pada masa sama, ia juga dapat meringankan beban sekolah di samping membantu menambah kualiti pembelajaran murid dan guru.
BACA LAGI: Banyak bangunan runtuh, gempa bumi terkuat dalam tempoh 25 tahun melanda Taiwan
Boss James dipuji ramai selepas sumbangan itu dilakukan. — Facebook/Boss James
Ruangan komen yang dibanjiri ucapan terima kasih itu sekali gus membuka mata ramai tentang keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia.
"Terima kasih Boss. Sentiasa membantu tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya. Dengan kehadiran Boss di sekolah itu, sedikit senyuman dan ceria di wajah cikgu-cikgu, anak-anak murid dengan sumbangan yang Boss berikan. Terima kasih sekali lagi Boss," komen Faiza Comot.
"Ada orang yang baik kita sokong. Sebab dia tahu sedekah cara yang betul, kita pun mana yang mampu buat la benda yang sama. Lagi-lagi sekolah banyak nak guna duit untuk repair macam-macam," tulis Alhafiz Junior.
Dalam pada itu, ada juga yang menghargai kebaikan itu dengan menyokong perniagaan motosikal Boss James.
"Terima kasih Boss James sebab datang ke sekolah lama saya. Saya pula datang ke kedai Boss James," ujar Hairul Afizi Hairullah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram