PM Anwar ucap tahniah PH menang di KKB


  • Politik
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 di Kuala Kubu Bharu. — Facebook Xiao Tao

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao di atas kemenangannya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).

Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Sock Tao mempunyai majoriti selesa 3,869 untuk meninggalkan tiga lagi calon lain.

"Saudara (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke, tahniah atas kemenangan dalam PRK Kuala Kubu Bharu... berjuang untuk menang... (dan) sekarang kita pertahankan kemenangan itu," katanya lapor The Star.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Sambutan ke-25 tahun Parti Keadilan Rakyat di Depot Sentul, Kuala Lumpur pada Sabtu.

BACA LAGI: [TIDAK RASMI] PRK KKB: PH menang di KKB, Pang Sock Tao mendahului 3 pencabar lain

440929432_1019139506234283_7647803245649259434_n

Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Pang Sock Tao kerana memenangi PRK KKB. Facebook/Anwar Ibrahim

BACA LAGI: PRK KKB: Keputusan dijangka diketahui pukul 10 malam

Sock Tao dilaporkan mendahului tiga lagi pencabar dengan meraih undi melebihi 14,000 undi. Dia meninggalkan Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) serta Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Selain Anwar, beberapa pimpinan PH telah mengucapkan tahniah di atas kemenangan Sock Tao.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, turut mengucapkan tahniah menerusi laman X (Twitter) miliknya.

"Kita berjaya kekalkan kerusi Kuala Kubu Baharu! Tahniah buat saudari Pang Sock Tao an terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus berkempen siang malam demi memastikan kejayaan calon PERPADUAN. Syabas!," kata Gobind. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram