Rombakan dalaman PKR: Nik Nazmi, Rafizi dilepaskan daripada jawatan


  • Politik
  • Isnin, 27 Mei 2024

Rafizi sebelum ini memegang jawatan dalam PKR cawangan Wilayah Persekutuan dan Johor.

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan merombak kepimpinan di tujuh negeri yang menyaksikan Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin dilantik Ketua Bahagian Wilayah Persekutuan.

Ini sekali gus membuatkan jawatan timbalan pengerusi parti diisi Ketua Bahagian Kepong, M Jayakumar.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun digugurkan daripada posisinya di Wilayah Persekutuan dan Johor sementara Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Ahmad berdepan nasib sama di Kelantan dan Terenggan.

BACA LAGI: Bekas SU Politik Hamzah Zainuddin hadapi 2 lagi tuduhan rasuah

BACA LAGI: Pengundi luar bukan alasan, PN tak perlu buat petisyen — Pakar politik

Natural Resources, Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad talking uring press conference at Level 28 Komtar in George Town, Penang. (November 8,2023). —ZHAFARAN NASIB/The Star

Nik Nazmi tidak lagi memikul mana-mana posisi dalam cawangan Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pengerangan PKR merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berikutan satu pertemuan dibuat pada Isnin.

Dalam pemberitahuan berkenaan, rombakan itu akan memberi kesan terhadap pengerusi dan timbalan di Sarawak, Sabah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Wilayah Persekutuan.

Antara perubahan menarik adalah pelantikan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh kini merupakan Pengerusi PKR Johor sementara Md Ysahrudin Kusni merupakan timbalan.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud kini ialah Pengerusi PKR Sabah manakala timbalan pengerusi diisi Ketua Cawangan PKR Sepanggar, Peto Galim.

"MPP ingin mengumumkan pelantikan Datuk Sangkar Rasam, Azan Ismail dan Datuk Dr Roslan Hussin ke dalam MPP," kata parti berkenaan dalam kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram