Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbit pada Khamis — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Rabu, 29 Mei 2024

Nahas helikopter TLDM mengorbankan 10 pegawai dan kakitangannya.

LAPORAN penuh mengenai nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut, Perak akan diterbitkan pada Khamis.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzli, perkara itu sudah dibentangkan terlebih dahulu oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada barisan Kabinet.

Dalam pembentangan tersebut, segala perkembangan terkini disampaikan mengenai nahas yang mengorbankan 10 pegawai dan kakitangan itu.

BACA LAGI: Helikopter terlibat nahas TLDM selamat untuk terbang — Laporan siasatan

BACA LAGI: Khidmat helikopter Fennec dan HOM diteruskan, kerajaan tak bercadang gantung operasi

"Kementerian Pertahanan pada Rabu memberitahu mesyuarat kabinet yang laporan penuh dan terkini mengenai nahas helikopter di Lumut akan diterbitkan pada esok (Khamis).

"Jadi, sila tunggu pengumuman mengenai keputusan siasatan penuh mengenai kes nahas helikopter tersebut," kata Fahmi.

Fahmi berkata demikian pada sidang media mingguannya dekat Kementerian Komunikasi pada Rabu.

Pada 23 April, seluruh negara berduka apabila 10 pegawai dan kakitangan TLDM terkorban ketika sesi raptai untuk sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang sepatutnya diadakan dekat Pangkalan TLDM, Lumut.

Kejadian tersebut melibatkan dua helikopter TLDM iaitu Eurocopter AS555SN Fennec dan Agusta-Westland AW-139. — The Star/ARFA YUNUS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram