KEMENTERIAN Komunikasi menafikan dakwaan mengatakan Malaysia negara pertama Asean yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS).
Menterinya, Fahmi Fadzil menegaskan perkara itu selepas menerima mesej dakwaan terbabit pada Sabtu.
Melalui gambar yang dimuat naik di Twitter (X) pada hari sama, mesej tersebut dihantar menggunakan nama agensi terkemuka.
BACA LAGI: Hilang momen terakhir bersama kawan antara kontra bila tarikh umum keputusan SPM 2023 tidak dipinda
BACA LAGI: KPM pertimbang ubah tarikh umum keputusan SPM 2023
Mesej yang disahkan palsu oleh Fahmi dan pihak Reuters. — Twitter/Fahmi
"Saya telah menerima mesej tular yang mendakwa Malaysia negara Asean pertama yang telah dikenakan sekatan atau sanction oleh Amerima Syarikat.
"Berdasarkan penafian agensi Reuters Press Team di X dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan AS, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu," katanya.
Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat palsu yang dikongsikan di platform lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram