Malaysia sokong keputusan PBB, pertimbang keanggotaan penuh Palestin


  • Primer
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Palestin melancarkan permohonan semula untuk menjadi anggota penuh PBB yang disifatkan sebagai keputusan wajar dalam menghadapi ofensif ganas Israel di Genting Gaza. — Agensi

RESOLUSI Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNCS) mempertimbangkan semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai Anggota Penuh PBB disambut baik oleh kerajaan Malaysia.

Menurut Kementerian Luar Negeri (KLN), permohonan tersebut sebelum ini digagalkan oleh satu undi veto pada April lalu.

KLN berkata, resolusi yang diluluskan semasa Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpunan PBB pada Jumaat itu disokong oleh 143 negara dengan sembilan menentang dan 25 berkecuali.

BACA LAGI: Dakwaan Malaysia negara Asean pertama dikenakan sekatan oleh AS palsu — Fahmi Fadzil

BACA LAGI: Indeks kebebasan media negara jatuh bukan disebabkan kementerian — Fahmi Fadzil

51447429653_PalestineFlag

Usaha mengiktiraf negara Palestin amat disokong Malaysia. — Gambar hiasan/Agensi

"Sokongan melebihi dua pertiga negara anggota PBB untuk menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri.

"Hak untuk Palestin yang berdaulat, menzahirkan komitmen masyarakat antarabangsa yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai keamanan berkekalan di Timur Tengah.

"Resolusi ini juga memberikan keistimewaan kepada Palestin untuk menyertai secara penuh sesi-sesi di PBB," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, Palestin secara rasmi melancarkan permohonan semula untuk menjadi anggota penuh PBB yang disifatkan sebagai keputusan wajar dalam menghadapi ofensif ganas Israel di Genting Gaza.

Sejak 2012, Palestin hanya memegang status pemerhati di badan dunia tersebut dan telah melobi selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keanggotaan penuh yang akan mengiktiraf negara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram