PENYERANG Manchester United, Anthony Martial mengesahkan akan meninggalkan kelab tersebut selepas sembilan tahun beraksi.
Pemain Perancis berusia 28 itu sempat mengucapkan selamat tinggal dalam hantaran di media sosialnya pada Isnin.
"Dengan penuh emosi saya menulis kepada anda hari ini (Isnin) untuk mengucapkan selamat tinggal. Selepas sembilan tahun yang menakjubkan di kelab, tiba masanya untuk saya membuka babak baharu dalam karier saya," tulisnya.
BACA LAGI: 'Perform di pramusim', bintang Selangor, Terengganu, JDT 'belum panas enjin' dalam Liga Super
BACA LAGI: Jelmaan Faisal Halim antara 4 pemain muda Selangor, Sabah berpeluang tunjuk taring di Indonesia
Martial pernah memenangi Piala Carabao, Piala FA dan Liga Europa di United serta pernah dipinjamkan dengan Sevilla pada 2022. — Agensi
Katanya, kelab itu mempunyai pengaruh dalam kariernya dan memberikannya peluang untuk bermain di khalayak ramai.
"Manchester United akan sentiasa berada di hati. Saya pergi untuk mencari cabaran baharu, saya akan sentiasa menjadi seorang Red Devil dan akan terus mengikuti perkembangan kelab," katanya lagi.
Kontrak Martial dikhabarkan akan berakhir pada musim panas iaitu pada Jun ini.
Untuk rekod, Martial menyertai Man United dari Monaco pada September 2015 dan tidak beraksi dalam perlawanan bersama skuad senior sejak Disember 2023 kerana pembedahan pangkal paha.
Dalam pada itu, pengurus Man United, Erik Ten Hag yang menanti nasibnya bersama kelab itu kini dikhabarkan bakal dilanjutkan kontraknya selama setahun.
Berdasarkan laporan Manchester Evening News, kelab terbabit memberitahu kemungkinan tiada kekosongan untuk mencari pengganti Ten Hag di Old Trafford pada musim panas ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram