Sukakan 'free gift' antara 3 punca warga emas mudah kena 'scam'


  • Massa
  • Selasa, 28 Mei 2024

Warga emas paling mudah diperdaya scammer di seluruh dunia. — Gambar hiasan

AGAK menyedihkan apabila realitinya, warga emas kini menjadi sasaran mudah jenayah penipuan dalam talian.

Ia kerap kali dilaporkan terjadi bukan sahaja di Malaysia, malah turut dihadapi oleh masyarakat di pelosok dunia yang lain.

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan seramai 5,533 warga emas menjadi mangsa penipuan secara dalam talian dengan nilai kerugian lebih RM500 juta sejak 2021 hingga tahun lalu.

BACA LAGI: Lebih 2 orang samun Akhyar Rashid — Polis

BACA LAGI: Isu 'kuasa' pilih pengetua dapat perhatian KPM, NUTP akui keperluan lantikan di SBP lebih tinggi

stok1

PDRM merekodkan seramai 5,533 warga emas menjadi mangsa penipuan secara dalam talian.

Jumlah itu membabitkan 6.4 peratus daripada keseluruhan 86,266 individu yang direkod menjadi mangsa penipuan dalam talian dalam tempoh tiga tahun, melibatkan jumlah kerugian RM2.7 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, walaupun bilangan mangsa dalam kalangan warga emas berusia 61 tahun ke atas adalah rendah, namun nilai kerugian dialami mereka amat tinggi.

Menurutnya, trend yang hampir sama juga dicatatkan pada tahun ini di mana daripada 11,918 kes penipuan dalam talian yang direkodkan sehingga 19 Mei lalu, seramai 990 mangsa atau 8.3 peratus adalah warga emas.

"Daripada tempoh 2021 hingga 2023, jumlah kerugian keseluruhan yang dicatatkan bagi kes penipuan dalam talian adalah sebanyak RM2.7 bilion, dan daripada jumlah ini, kerugian yang dicatatkan membabitkan mangsa warga emas adalah RM552.5 juta atau 20 peratus.

"Begitu juga bagi tahun ini sehingga 19 Mei lalu, kerugian dicatatkan membabitkan mangsa warga emas sudah mencecah RM130.4 jutaatau 27.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan iaitu RM471.5 juta.

"Lebih membimbangkan, bagi tempoh ini, kelompok warga emas mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding lain-lain kategori umur," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.

Melihat keadaan tersebut, di sini Majoriti senaraikan tiga kemungkinan yang menyebabkan warga emas sering menjadi sasaran jenayah dalam talian.

1. Ada tabungan

Warga emas adalah antara golongan yang mempunyai wang simpanan yang lebih banyak.

Kedudukan ekonomi golongan ini yang biasanya mempunyai aliran kewangan stabil, ada simpanan hari tua dan wang persaraan terkumpul menjadikan peratusan mereka sebagai mangsa adalah lebih tinggi.

Sifat mudah kasihan atau tersentuh juga berisiko menyebabkan mereka terpedaya dengan cerita rekaan sindiket penipuan.

Berpura-pura mesra, bersimpati dan sering menghulurkan bantuan adalah antara taktik licik yang digunakan mereka.

Jadi, dengan simpanan yang mencukupi, mungkin terdetik di hati, apalah salahnya sekiranya mereka membantu insan yang memerlukan.

Tidak dinafikan itu antara faktor ramai mangsa sering terjerat dalam jenayah penipuan dalam talian sehingga mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit.

2. Tidak celik IT

Picture of elderly using the smart phone. Story for old people getting scammed online. (MAC 18 2024) — ART CHEN/The Star

Warga emas kurang terdedah dengan maklumat atau kes terkini berhubung jenayah penipuan dalam talian.

Kurang ilmu pengetahuan berhubung teknologi maklumat (IT) menyebabkan warga emas mudah menjadi sasaran penjenayah.

Perkembangan itu menyebabkan mereka kurang terdedah dengan maklumat atau kes terkini berhubung jenayah penipuan dalam talian.

Oleh sebab itulah warga emas perlu memahami manfaat internet dan belajar untuk menggunakan pelayar bagi mencari maklumat.

Selain itu, komunikasi dalam kalangan keluarga juga perlu bagi menyalurkan maklumat dan perkembangan modus operandi penipuan sebegini.

3. Mudah percaya dan sukakan hadiah 'free gift'

stok2

Selain melalui telefon atau iklan, penipuan juga boleh berlaku secara bersemuka.

Sifat mudah percaya meskipun dengan individu tidak dikenali menjadi antara faktor yang menyumbang pada peningkatan kes berkenaan.

Selain melalui telefon atau iklan, penipuan juga boleh berlaku secara bersemuka.

Datang sahaja mereka yang bermulut manis, melontarkan skrip-skrip yang diolah dengan tersusun, maka dengan mudah sahaja mereka menjadi mangsa penipuan.

Malah golongan tersebut juga difahamkan suka apabila diberikan hadiah secara percuma, sedangkan ia hanyalah sebahagian daripada taktik si penjenayah semata-mata. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram