KDA FC lancar produk sendiri, jalin kerjasama dengan 4 syarikat tempatan bantu ekonomi pasukan


  • Podium
  • Ahad, 26 Mei 2024

Daud Bakar berharap produk KDA FC dapat membantu kewangan Sang Kenari untuk terus bertahan dalam saingan Liga Super musim ini. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) bakal mempunyai produk tersendiri apabila pemilik Sang Kenari, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menyatakan hasrat untuk melancarkan air mineral KDA FC bagi membantu kedudukan kewangan pasukan.

Kenyataan itu dibuat oleh Daud Bakar dalam sesi sidang media Peluncuran Program Perekonomian KDA FC pada Ahad.

Menurut Daud Bakar, beliau berharap dengan produk KDA FC itu dapat membantu kewangan Sang Kenari untuk terus bertahan dalam saingan Liga Super musim ini.

BACA LAGI: Muncul jadi MOTM, penyokong Harimau Kumbang ‘request’ Penang FC tebus kontrak import pinjaman Selangor

BACA LAGI: 'Assifuah masuk terus game jadi rancak', Sang Kenari patut guna import Ghana berbanding Serbia

"Ini satu keperluan asasi, kita ada makanan, telekomunikasi dan internet, ketiganya air minuman.

"Jadi insya-ALLAH produk belum ada tapi dalam seminggu dua kami (Kedah) akan umumkan produk yang boleh kita lancarkan bersama.

"Dan kita harap paling-paling kurang 50,000 peminat, penyokong dan rakyat Kedah keseluruhannya boleh membeli seorang satu botol sehari.

"Kalau ada 50,000 satu botol sehari, ia dapat memberikan satu suntikan kewangan yang cukup mantap kepada KDA FC.

"Ini sebuah pasukan yang boleh lestari dan membina kekuatan di masa hadapan, tidak perlu banyak kita gunakan bajet sedia ada kita beli air mineral untuk keluarga, sekolah, pejabat untuk organisasi kita.

Dalam pada itu, Daud Bakar turut mengesahkan telah mengadakan jalinan kerjasama dengan empat syarikat tempatan iaitu GTR Burger, e-Desa, XOX dan SBP Healthfood & Beverages bagi memperkukuhkan kewangan Sang Kenari.

Untuk info, XOX merupakan pemilik Perak FC dan tersenarai antara syarikat telekomunikasi yang berjaya di dalam negara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram