PRK Sg Bakap: BN jamin bantu calon Perpaduan — Ahmad Zahid


  • Politik
  • Isnin, 27 Mei 2024

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas. — The Star

BARISAN Nasional (BN) khususnya Umno memberi jaminan akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang tidak kira siapa pun calon daripada mana-mana parti komponen yang dikemukakan Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini, Kerajaan Perpaduan belum memperincikan mengenai calon yang sesuai untuk bertanding di kawasan DUN berkenaan.

“Kita mendapati bahawa formula kita gunakan adalah mana-mana parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang berada dalam kedudukan kedua (dalam keputusan Pilihan Raya Negeri pada Ogos tahun lepas), maka parti itulah akan menjadi calon. Kita akan perincikan tentang soal calon itu. Namun, BN khususnya Umno akan menggerakkan jentera di PRK DUN Sungai Bakap, biar siapa pun calon yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada media tempatan pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing tiada lesen motor jual aiskrim buat ramai muak sikap 'tutup mata' pihak tertentu

BACA LAGI: 'Usah harapkan cikgu saja, KPM diminta teliti tindakan terhadap ibu bapa acuh tak acuh kehadiran anak duduki SPM'

BANDAR BAHARU, 19 Okt -- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran peringkat negeri Kedah di Dataran Serdang hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Zahid berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap. — The Star

Ahmad Zahid yang kini dalam lawatan rasmi di China berkata demikian selepas menyaksikan Majlis penandatanganan memorandum persefahaman, memorandum perjanjian serta surat niat, masing-masing antara SKS Coach Builders Sdn Bhd (SKS) dan CRRC Corporation; MARA Liner dan SKS; serta MARA Corp dan China Electrical Equipment Group.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram