TINDAKAN seorang warga asing yang menjalankan perniagaan dengan menjual aiskrim menggunakan motosikal tanpa lesen sah baru-baru ini mengundang amarah dalam kalangan warga maya.
Manakan tidak, melalui video tular yang dimuat naik di laman media sosial X (Twitter), @update11111 pada Isnin memaparkan seorang lelaki warga asing menjual aiskrim menggunakan motosikal di sebuah taman perumahan.
Namun, tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'
BACA LAGI: Ini semua wayang, tangkap pagi petang lepas — Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera
Menerusi video berdurasi kurang seminit tersebut kedengaran suara perakam bertanyakan beberapa soalan terhadap lelaki berkenaan.
Namun sikapnya yang acuh tak acuh itu menyebabkan perakam tersebut meninggikan suara.
"Mana lesen? Aku tengah cakap dengan kau, pandang sini sebelum aku 'hantam' (tumbuk) kau sekarang.
"Kalau tak ada lesen mana boleh tunggang motosikal. Kalau tiada lesen sah di Malaysia mana boleh bawa motosikal.
"Kami warganegara pun tak berani nak bawa motosikal kalau tiada lesen," katanya.
Tindakan seorang warga asing 'naik kepala' dengan membuat perniagaan dengan menjual aiskrim menggunakan motosikal tanpa lesen yang sah baru-baru ini mengundang amarah dalam kalangan warga maya. pic.twitter.com/uskagI1b4P
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 27, 2024
Pada masa sama, lelaki warga asing juga turut mengakui tidak mempunyai lesen menunggang motosikal dan hanya menjual aiskrim di taman perumahan itu sahaja.
Tindakannya dianggap keterlaluan kerana menyalahi undang-undang negara. Malah ramai menyifatkan warga asing sepertinya 'naik kepala' kerana tidak ada penguatkuasaan yang ketat terhadap aktiviti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meminta pihak berkuasa mengambil tegas terhadap lelaki tersebut.
Seorang @Miss_Weeee berkata, kerajaan seharusnya menggubal satu undang-undang atau hukuman khas terhadap warga asing.
"Wujudkan satu undang-undang dan ambil tindakan segera. Jangan biarkan mereka berleluasa. Kaduk naik junjung," tulisnya.
@Mhd_fauzi pula mendakwa kerajaan terlalu lemah dalam menangani isu tersebut.
"Sudah muak dengan kerajaan yang terlalu lemah dalam menangani masalah warga asing. Kalau mereka bertegas atau tidak 'tutup sebelah mata' mungkin masalah ini akan selesai," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram