Bekas penyanyi, Nabil Zamanhuri meninggal dunia di Hospital Ampang


  • Hiburan
  • Ahad, 26 Mei 2024

Berita kematian Nabil disahkan oleh ibunya, Fatimah Abdullah menerusi hantaran di Facebook. — Facebook

BEKAS peserta program nyanyian Mentor musim pertama, Nabil Zamanhuri dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad.

Berita kematian Allahyarham disahkan oleh ibunya, Fatimah Abdullah menerusi hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai punca kematian tidak dikongsikan.

BACA LAGI: KTMB sedia 4 tren tambahan sempena Aidiladha

BACA LAGI: Faisal perlu 'environment' baharu untuk proses pemulihan, bantu berjalan semula

Nabil

Nabil meninggal dunia pada usia 37 tahun. — Facebook

"Anak lelaki saya yang tercinta, Nabil sudah kembali ke rahmatullah. Mohon ampuni dan halalkan makan minum dia dan doa agar dia ditempatkan bersama mereka yang beriman.

"Semoga bertemu di syurga ALLAH, Amin," tulisnya di Facebook.

Difahamkan, jenazah kini berada di Hospital Ampang, Selangor untuk diuruskan.

Selain menyanyi, bapa kepada dua cahaya mata itu turut aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Allahyarham memulakan langkah dalam dunia hiburan dengan menyertai program Mentor musim pertama dan berjaya menyandang naib juara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram