[VIDEO] Hasrat bermotosikal ke Hatyai bertukar tragedi, penunggang maut putus kaki di P. Pinang


  • Tular
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan keadaan mangsa yang terkorban dalam kejadian kemalangan motosikal di KM 157.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berdekatan Jawi, Pulau Pinang pada Jumaat.

HASRAT seorang penunggang motosikal untuk mengembara ke Hatyai, Thailand dengan menaiki motosikal tidak kesampaian selepas dia terlibat dalam satu kemalangan maut di Kilometer (KM) 157.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berdekatan Jawi, Pulau Pinang pada Jumaat.

Lebih menyayat hati, mangsa turut mengalami kecederaan parah dengan kaki kanannya dipercayai terputus akibat kejadian tersebut yang berlaku sekitar pukul 7.48 pagi.

Video mengenai kejadian tersebut turut tular memaparkan keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa terbaring di bawah besi penghadang tepi lebuh raya berkenaan dan diselimuti kain putih.

BACA LAGI: Selain bekas Pengerusi Bersih, ada 4 nama dicadang isi kekosongan jawatan Pengerusi SPR

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

Pada masa sama, kakinya yang terputus turut dilihat berada tidak jauh beberapa meter daripada badannya bersama sebuah beg sandang dipercayai milik mangsa.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan itu sedang dalam perjalanan untuk ke Hatyai.

Punca kemalangan terbabit bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram