GARA-GARA kecuaian dan sikap pentingkan diri sendiri pemandu lain, seorang penunggang motosikal dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan utiliti sukan (SUV) baru-baru ini.
Rakaman kemalangan ngeri itu juga berjaya dirakam kamera papan pemuka (Dashcam) orang awam dan dimuat naik semula di aplikasi Telegram pada Jumaat.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Jalan Terap - Serdang, Kedah.
BACA LAGI: Derita Sang Kenari berpanjangan, ketinggalan di belakang TBG di laman sendiri
BACA LAGI: Simbah asid Faisal Halim: Polis siasat kaitan 3 lagi serangan
Ini benda gila.
Tapi bagus ada dashcam. Ada bukti. Harap @PDRMsia @PDRMsia_Trafik boleh kesan kes ni.
Semoga rider tu selamat. pic.twitter.com/Q3KPNXJ16X
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) May 24, 2024
Melalui video berdurasi kurang daripada seminit itu memaparkan kenderaan SUV jenis Toyota Fortuner cuba memotong sebuah lori di hadapannya di sebuah selekoh.
Pada masa sama, pemandu SUV itu juga dilihat memotong garisan berkembar di jalan raya tersebut dengan laju.
Mangsa yang menunggang motosikal dilihat hilang kawalan dan termasuk ke laluan kiri ketika mengelak kenderaan SUV tersebut sebelum dilanggar lori.
Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terpelanting dan terbaring kaku di tengah-tengah jalan.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram