[VIDEO] Pekerja lapangan terbang Rusia hilang kaki digilis tayar pesawat bergerak tanpa kebenaran


  • Benua
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Tangkap layar video tular memaparkan pekerja terbabit (bulatan merah) yang berdiri tidak jauh dari tayar hadapan pesawat berkenaan sebelum kejadian. — Agensi

SEORANG pekerja lapangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Koltsovo, Yekaterinburg, Rusia parah selepas dia digilis oleh tayar sebuah kapal terbang yang sedang bergerak di lokasi berkenaan.

Kejadian melibatkan pesawat jenis Airbus A320 milik Ural Airlines itu berlaku pada 19 Mei lalu.

Berdasarkan klip tersebut, mangsa yang dipercayai bekerja sebagai juruteknik pada awalnya dilihat berdiri berdekatan tayar hadapan kapal terbang terbabit.

BACA LAGI: Selain bekas Pengerusi Bersih, ada 4 nama dicadang isi kekosongan jawatan Pengerusi SPR

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

Bagaimanapun, pesawat itu kemudiannya didapati bergerak sebelum melanggar lelaki berkenaan.

Difahamkan, kapal terbang tersebut belum mendapat pelepasan untuk bergerak ketika kejadian.

Susulan daripada insiden berkenaan, mangsa yang dikenali sebagai Rail, 32, parah di bahagian kaki dan kini menerima rawatan di hospital.

Menurut laporan media antarabangsa, doktor turut terpaksa memotong sebelah kakinya akibat kecederaan yang dialaminya ketika insiden tersebut.

"Pesakit berada dalam rawatan rapi, keadaannya serius," kata jurucakap hospital.

Dalam pada itu, juruterbang pesawat berkenaan yang masih dirahsiakan identitinya telah dituduh cuai dan disoal siasat sejurus kemalangan terbabit.

Badan penyiasatan Rusia sudah membuka membuka kes jenayah berhubung kesalahan "pelanggaran peraturan keselamatan yang mengakibatkan kemudaratan serius kepada kesihatan". — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram