TINDAKAN tidak bermoral dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan sebagaimana paparan video yang tular dalam media sosial pada Sabtu akan dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Mufti, lapor Berita Harian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata aspek hukum berhubung perkara berkenaan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa terbabit.
"Saya menasihati orang ramai supaya apa-apa pandangan (yang diberikan) perlu mengambil kira pandangan maslahat serta masyarakat secara umum.
"Justeru, sama-sama kita menjaga sensitiviti dan keharmonian bagi memastikan apa yang kita lakukan itu adalah berdasarkan nas yang sahih serta amalan dibenarkan Islam.
BACA LAGI: Bakal jemaah haji meninggal di Makkah akibat pembuluh darah pecah
BACA LAGI: Arab Saudi tangguh pemberian visa umrah 'Nusuk' mulai Khamis
"Jika ada kekaburan, perlu melakukan penyelidikan dan bertanya kepada mereka yang berautoriti," katanya.
Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.
Pada Sabtu, media melaporkan tindakan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan mengundang kemarahan warga maya yang menyifatkan perbuatan itu sebagai melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris pemilik kubur berkenaan.
Berdasarkan video yang dikongsikan itu memaparkan, seorang wanita yang membuat rakaman terbabit memberitahu rakannya mengenai dakwaan jika melangkah kubur, pemiliknya (individu meninggal dunia itu) akan datang mencari individu berkenaan pada waktu malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram