[VIDEO] Akar rapuh mungkin jadi punca, DBKL diarah pantau pokok tua di KL


  • Primer
  • Rabu, 08 Mei 2024

Foto kejadian pada Selasa memaparkan kawasan sekitar akar pokok berkenaan telah disimen. — Facebook

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan untuk menghasilkan garis panduan baharu dalam pengurusan pokok tua di bandar ini.

Pada masa sama, pakar turut berkata, insiden sedemikian boleh dielakkan sekiranya pertumbuhan akar pokok tersebut diuruskan dengan betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, adalah penting untuk mengkatalogkan pokok yang lebih tua, kebanyakannya berusia antara 50 dan 80 tahun susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

BACA LAGI: Bimbang keselamatan pemain selain Faisal Halim terancam, Selangor mohon tunda Piala Sumbangsih

BACA LAGI: ISN akan pastikan Faisal Halim kembali bermain bola sepak, tanggung kos pemulihan sepenuhnya

Beliau berkata, pada waktu ini, pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan secara dwi-tahunan dengan ahli arbor atau pakar pokok yang bertauliah.

“Pokok ini berada di bawah pengawasan pihak swasta, tetapi kita perlu meningkatkan kekerapan pemeriksaan ini, terutamanya memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

"Kadang-kadang pokok kelihatan sihat di luar, tetapi secara dalaman tidak, sebab itu penting untuk mewujudkan garis panduan yang betul," katanya semasa lawatannya yang turut diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

Seorang lelaki maut selepas sebuah pokok besar tumbang berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur ekoran cuaca ribut yang melanda ibu kota pada petang Selasa.

Sementara itu, pakar arboris bertauliah, Dr Ahmad Ainuddin Nuruddin berkata, pokok terbabit mungkin tumbang kerana kegagalan pada 'root crown' atau kolar akar pohon berkenaan.

“Pereputan akar menyebabkan berlakunya kegagalan terhadap 'root crown',” katanya kepada The Star.

Minister of Health Dr. Zaliha Mustafa speaks at the Serdang Heart Diseases in Pregnancy Symposium at Serdang Hospital.(4/3/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Dr Ahmad, berkata pereputan akar berlaku mungkin disebabkan kekangan terhadap pertumbuhan akar pohon berkenaan kerana ruang terhad di kawasan tersebut ekoran pembangunan sekitar.

"Pembangunan dibuat tanpa melihat kepada keperluan pertumbuhan pokok, dengan ketiadaan ruang mencukupi untuk akar tumbuh," katanya.

Foto kejadian pada Selasa memaparkan kawasan sekitar akar pokok berkenaan telah disimen.

Dr Ahmad berkata, pokok jenis tersebut yang dikenali sebagai Raintree atau pokok hujan-hujan sememangnya sesuai ditanam di kawasan bandar sekiranya ia diselenggara dengan baik.

"Sesetengah pokok tua adalah baik," katanya sambil menambah DBKL perlu melakukan penilaian risiko terperinci terhadap pokok tua di sekitar bandar raya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram