Usia 60 tahun tak jadi penghalang, anak Sarikei jadi orang Sarawak pertama tawan Everest


WONG mengambil masa 45 hari untuk melakukan perjalanan dari Kathmandu, Nepal ke puncak Everest.

ANAK kelahiran Sarawak, Wong Su Chung dijulang sebagai wira selepas dia berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest.

Wong mengambil masa 45 hari untuk melakukan perjalanan dari Kathmandu, Nepal, ke puncak gunung, menurut The Borneo Post.

Dilaporkan, dia yang merupakan anak kelahiran Sarawak pertama berjaya menawan gunung tersebut mengambil masa selama tiga tahun untuk membuat persiapan dan latihan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'

BACA LAGI: Lesen memandu jauh lebih mahal berbanding gaji minimum, desak wujudkan subsidi bersasar atau tetapkan harga siling

"Saya berusia 60 tahun pada tahun ini. Hanya segelintir daripada orang seusia saya mahu mengambil cabaran ini, tetapi saya melihatnya sebagai cabaran peribadi.

"Saya berhati-hati dalam setiap pergerakan yang saya lakukan sepanjang pendakian dan penurunan. Keluarga sentiasa berada dalam fikiran saya sepanjang masa," katanya ketika ditemui di lapangan terbang selepas pulang ke Sarawak pada Sabtu.

Dilahirkan di Sarikei, Wong berpindah ke Miri pada usia muda.

Pada tahun lalu, dia mendaki puncak kelapan tertinggi di dunia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting, yang turut hadir mengalu-alukan kepulangan Wong dengan menyifatkan kejayaan lelaki itu sebagai satu pencapaian luar biasa.

“Wong adalah wira kami, dan kami berbangga kerana beliau adalah rakyat Sarawak pertama yang menakluki Gunung Everest, terutama pada usia 60 tahun,” kata Ting. — The Star/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram