Kerajaan tidak akan perkenal cukai baharu — Anwar


  • Primer
  • Sabtu, 25 Mei 2024

Anwar ketika berucap di Konvensyen Madani di Melaka pada Sabtu.

KERAJAAN tidak berhasrat memperkenalkan instrumen percukaian baharu sebaliknya memberi tumpuan melaksanakan sistem subsidi bersasar yang lebih saksama bagi memenuhi keperluan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pengumuman baru-baru ini berhubung penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada dikenakan cukai.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Tarik diri pun tak selesaikan masalah kewangan KDA FC

"Saya tidak mahu memperkenalkan instrumen percukaian baharu yang membebankan rakyat. Isu subsidi diesel (semasa) ialah ketirisan yang ketara, menelan belanja berbilion ringgit... industri kaya dan besar masih mendapat manfaat daripada subsidi ini.

"Pelaksanaan subsidi yang disasarkan (hanya) akan menjejaskan golongan kaya, industri besar dan warga asing. Nelayan, pekebun kecil, Grab dan pemandu teksi semuanya akan dikecualikan (daripada dikenakan cukai)... berpotensi mengecualikan hampir sejuta rakyat daripada cukai diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Konvensyen Madani di Melaka pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram