KEDAH tidak pernah dipaksa atau perlu menjadi miskin hanya kerana menanam padi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh.
Menurutnya, keluasan tanaman padi MADA hanya kira-kira 10 peratus berbanding keluasan negeri yang boleh dibangunkan bagi mendapat hasil cukai tinggi.
Justeru kata beliau, terdapat 90 peratus tanah di negeri tersebut yang masih boleh dibangunkan bagi tujuan komersial.
BACA LAGI: 'See you in court', Sanusi mahu saman warganet buat tuduhan melulu isu Kedah Agro
BACA LAGI: 'Kalau jodoh... apa salahnya', Sanusi jawab dakwaan kahwini wanita Pahang
"Dalam sidang media selepas Mesyuarat EXCO semalam (Rabu), nampak Menteri Besar tak boleh 'move on' mengenai pendapatan Kedah.
"Katanya, Kedah dipaksa jadi miskin sebab berkorban untuk (tanam) padi, ini pemikiran negatif Menteri Besar Kedah secara berterusan.
"Kenyataan Muhammad Sanusi menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri ketika ini buntu untuk mencari sumber pendapatan lain," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, bekas EXCO Kesihatan Kedah itu berkata, tuntutan peruntukan sebanyak RM200 juta dari Kerajaan Persekutuan juga dilihat tidak serius kerana kerajaan negeri tidak bersedia mewartakan kawasan tanaman padi di bawah MADA.
Muhammad Sanusi
"Kalau serius, perlu warta (kawasan tanaman padi) dan (kerajaan negeri) boleh usaha untuk dapatkan pampasan kredit karbon.
"Jadi Kerajaan Persekutuan juga akan nampak kerajaan negeri serius dalam usaha tingkatkan hasil padi demi keterjaminan makanan negara," katanya.
Media pada Rabu memaklumkan, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan hasrat Kedah memohon ganti rugi RM200 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan kerana mendakwa negeri itu hilang pendapatan disebabkan perlu mengekalkan tanah sawah demi keterjaminan makanan negara.
Ganti rugi itu dianggapnya munasabah kerana permintaan membangunkan tanah sawah bagi tujuan perumahan, industri dan komersial meningkat setiap tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram