[VIDEO] Nahas berganda, rider melambung rempuh kereta buat U-turn, pemandu panik terlanggar sekeluarga dalam Proton Wira


  • Tular
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan penunggang motosikal yang melambung selepas merempuh kereta di lokasi kejadian.

SEORANG penunggang motosikal tercampak selepas merempuh sebuah kereta yang dipercayai mahu melakukan pusingan U baru-baru ini.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di Twitter (X) sejak Khamis, penunggang tersebut sempat membunyikan hon sebelum melambung jauh ke bahu jalan.

Pada masa sama, pemandu terbabit dilihat seperti panik lalu melanggar sebuah kereta jenis Proton Wira di sebuah premis berhampiran.

BACA LAGI: Kes Ebit Lew: Saksi buat laporan polis supaya tidak ada lagi jadi mangsa seterusnya

BACA LAGI: Pekerja serbaneka cuak, terpaksa serah semua duit kepada perompak berparang di Kedah

Dalam video sama, kelihatan satu keluarga yang berada di dalam Proton Wira itu terkejut dan terus keluar dari kereta ketika kejadian.

Terdapat beberapa individu termasuk seorang kanak-kanak dan seorang warga emas di dalam kereta terbabit.

Namun, malang itu berganda apabila Proton Wira itu meluncur ke hadapan dan mengenai seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi di premis berkenaan.

Impak daripada pelanggaran tersebut, lelaki berkenaan terjatuh ke belakang dan terkena pintu besi premis tetapi sebelum kemudiannya bangun semula melihat situasi tegang itu berlaku.

Bagaimanapun, keadaan penunggang motosikal, lokasi dan tarikh sebenar masih belum dapat dipastikan lagi.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram