Polis Seremban bongkar 6 pusat judi 'menyamar' jadi coffee house


  • 112
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Ops Pemotongan Khas itu dibuat dengan kerjasama antara pihak polis dan TNB sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

PIHAK polis berjaya membongkar enam premis perniagaan yang berselindung di sebalik perniagaan bertemakan coffee house untuk menjalankan kegiatan judi.

Kesemua daripadanya diserbu pihak berkuasa dalam Ops Pemotongan Khas sebelum ini dan pada Khamis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, ada sesetengah premis yang pernah diserbu beberapa kali, namun masih berdegil menjalankan aktiviti berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Suami isteri dalang perguna OKU promosi pinjaman along, judi di bazar Ramadan Ipoh dicekup

BACA LAGI: [VIDEO] Selamba main judi tempat awam, warga asing terkedu kena 'sound' dengan 'abang kawasan'

WhatsApp Image 2024-05-24 at 09.01.46

Hatta menjelaskan utiliti di enam premis itu akan dibekukan.

"Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban bersama TNB menjalankan satu operasi iaitu Ops Pemotongan Khas di dalam kawasan daerah ini, petang semalam.

"Dalam operasi ini, pihak polis dan TNB mengambil tindakan pemotongan serta pembekuan utiliti terhadap premis yang menjalankan kegiatan perjudian dalam talian," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambahnya, dalam operasi tersebut, enam premis berjaya diambil tindakan bagi pemotongan premis dan pembekuan utiliti selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Ini adalah tindakan susulan selepas diserbu sebelum ini bagi membendung dan mengekang penganjur untuk meneruskan kegiatan haram itu memandangkan ada premis yang masih meneruskan operasi walaupun pernah diserbu," katanya.

Justeru, pihaknya memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkan kepada pihak polis. — Harian Metro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram