[VIDEO] Resort premium khas sesuai jadi 'syurga' warga emas, golongan enggan beli rumah sampai bila-bila


  • Massa
  • Khamis, 16 Mei 2024

Terdapat sebuah pusat jagaan warga emas premium terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

MEMILIKI rumah tidak lagi menjadi sasaran utama masyarakat lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa yang menyaksi harga rumah dijual terlalu tinggi.

Namun, berdasarkan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) 'The Variations In Preferences of Young Generation In Klang Valley Towards Housing Property Demand' pada 2022, golongan muda pada masa kini lebih gemar menyewa berbanding memiliki hartanah sendiri.

Rata-rata lebih cenderung membayar sewa meskipun kadar sewaan itu membolehkan mereka memiliki rumah sendiri.

BACA LAGI: Permintaan ikat jamin polis langgar maut pelajar tak boleh diluluskan — Peguam

BACA LAGI: Kes langgar pelajar Ipoh: Saya tak akan kompromi dengan anggota buat jenayah — KPN

Aktiviti-Semasa-Lawatan-ke-Rumah-Orang-Tua

Ramai yang lebih memilih untuk tinggal di pusat jagaan warga emas premium. — Gambar hiasan/Laman khaira

Perkara itu tidak dinafikan apabila ramai yang tertarik untuk melaburkan duit kepada perkhidmatan yang lebih menarik.

Ia selepas satu video tular di media sosial sejak Rabu memaparkan sebuah pusat jagaan warga emas premium dengan pelbagai fasiliti setanding hotel lima bintang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Antara fasiliti yang disediakan pusat jagaan itu termasuk gimnasium, kawasan riadah, kelengkapan asas, kolam renang, ruang santai (karaoke, perpustakaan), studio senaman, bilik kraf tangan.

Lebih istimewa apabila para penghuni akan kurang berasa sunyi dan lebih produktif dengan aktiviti-aktiviti sihat.

Harga dikenakan juga dilihat berbaloi kerana penghuni membayarnya mengikut jenis bilik yang ditawarkan iaitu antara RM5,000 hingga RM7,500 sebulan.

1668384

Setiap bilik ditawarkan harga yang berbeza. — Gambar hiasan/The Star

Terdapat tiga jenis bilik di dalam pusat jagaan itu dan apa yang membezakannya adalah saiz serta kemudahannya.

Informasi itu tidak disangka-sangka menerima respons positif daripada rata-rata warga maya kerana menganggap ia suatu pelaburan menguntungkan.

Hal ini kerana, ada yang berpendapat bahawa tinggal di pusat jagaan seakan-akan resort itu sesuai untuk golongan yang enggan membeli rumah.

Menurut @aisyahnadiah, bagi golongan seperti itu sebaik-baiknya membuat simpanan untuk digunakan di hari tua kelak.

"Rasanya, kalau tak nak beli rumah baik simpan duit untuk duduk rumah warga tua macam ni. Kurang-kurang pun kena ada RM720,000 kalau nak duduk sini 10 tahun, lebih kurang harga sebiji rumah juga kan," katanya.

1668388

Penghuni dapat melakukan aktiviti santai dengan pemandangan segar. — Gambar hiasan/The Star

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyarankan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menawarkan skim pusat jagaan warga emas seperti itu.

"Besar harapan saya jika KWSP melabur untuk buat skim pusat jagaan warga emas? Rasanya ramai generasi yang sekarang ni 40-an tak kisah nak daftar. Tambahan lagi duit kita pun ada dalam KWSP," cadang @daughterette.

Namun, ada sesetengahnya berbeza pandangan kerana lebih memilih untuk melakukan aktiviti ilmiah di rumah sendiri bersama keluarga.

"Kalau saya dah tua-tua lagi nak dekatkan diri dengan tuhan, belajar mengaji atau usrah di rumah sendiri saja," komen @hsgalifter. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram