AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.38 tengah hari.
BACA LAGI: Dua kanak-kanak antara enam Pati maut, polis perjelas insiden rusuhan Depot Imigresen Sungai Bakap
BACA LAGI: Hospital Sungai Bakap cari waris mayat warga emas tidak dituntut
Allahyarham sebelum ini ditidurkan di Hospital Sungai Bakap akibat kompliasi perut.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6 petang sebelum dikebumikan di lokasi yang sama.
Pada 1 Mei lalu, media melaporkan Nor Zamri yang berusia 54 tahun mengalami komplikasi di perut dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk menerima rawatan sebelum beliau dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.
Dia kemudian ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram