HOSPITAL Sungai Bakap (HSB) di Nibong Tebal, Pulau Pinang mencari waris seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia di hospital itu Jumaat lepas.
Jurucakap hospital itu berkata, Teoh Choon Wan, 64, meninggal dunia pada 8.27 malam kerana sindrom koronori akut berkaitan Covid-19 dan sehingga Isnin mayatnya masih belum dituntut.
"Lelaki warga emas itu yang beralamat di no 21, Lebuh King di Georgetown dekat sini pada mulanya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 3 November lepas, sebelum dipindahkan ke HSB pada 26 November untuk menerima rawatan lanjut.
"Mangsa meninggal dunia pada Jumaat dan pihak polis telah pergi ke alamat rumah lelaki itu namun rumah tersebut kosong, pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara juga tidak menemui sebarang maklumat ahli keluarga atau waris kepada si mati," katanya dalam kenyataan pada Isnin
Sehubungan itu, katanya, HSB meminta kerjasama orang ramai yang mengenali ahli keluarga atau waris Teoh agar menghubungi pihak hospital bagi urusan pengebumian warga emas tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram