Sarjan Faridah meninggal dunia akibat serangan jantung — ATM


  • Primer
  • Khamis, 23 Mei 2024

Sarjan Faridah berkhidmat sebagai Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Malbatt 850-11 UNIFIL di Lubnan (UNIFIL). — ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kematian Sarjan Faridah Abd Rahman berpunca akibat serangan jantung.

Markas ATM dalam kenyataan berkata, perkembangan itu berpandukan hasil bedah siasat dijalankan Hospital Hammoud, Saida, Lubnan, Ahad lalu.

“Keputusan awal bedah siasat sudah diperolehi Isnin lalu. Hasil bedah mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

BACA LAGI: Kadar pendapatan T20, M40 dan B40 bukan lagi penentu tetap taraf hidup — Anwar

BACA LAGI: Bukan setakat penjawat awam, potong juga elaun dan gaji ahli Parlimen kaki ponteng

“Urusan dokumentasi dengan pihak berkuasa Lubnan dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) sudah diselesaikan pihak Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Beirut.

“Ini bagi tujuan membawa pulang jenazah ke tanah air menggunakan pesawat komersial pada pukul 5.05 petang (waktu tempatan), Khamis ini,” katanya pada Khamis.

Allahyarham Faridah meninggalkan empat anak, iaitu Nurul Syifa, 13; Muhammad Afnan,10; Nurul Jannah, 7 (sindrom Down), dan Ainul Mardiah, 4. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram