SEORANG kanak-kanak lelaki didakwa terlampau ketagih dengan penggunaan gajet apabila dirakam menangis sambil bermain telefon pintar dalam satu kejadian berlaku di China baru-baru ini.
Dalam video berdurasi 16 saat itu, memaparkan kelakuan budak lelaki berkenaan yang dilihat menangis dan meronta-ronta untuk mendapatkan gajet pintar tersebut.
Dipercayai terlampau ketagih menggunakan peranti teknologi, perbuatan kanak-kanak itu turut disaksikan oleh individu dipercayai kedua ibu bapanya ketika kejadian.
Mengundang ketakutan dalam kalangan warganet, rata-ratanya menganggap ia sebagai salah satu kesan buruk sekiranya penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak tidak terkawal.
Ada berpendapat bahawa ia merupakan salah satu simptom ketagihan dan penyakit yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak di usia tersebut.
"Ini la akibatnya jika mereka dibiarkan bermain gajet dalam tempoh yang lama, ketagih sangat dan boleh memberontak sekiranya kehendak mereka tidak dituruti," kata Abrar Ali Deshmukh.
"Ini sangat menakutkan, pendedahan gajet dan teknologi kepada kanak-kanak boleh menjadi bahaya dan mengundang ketagihan, mereka perlu dipantau," ujar Shana Walker.
"Ketagih sangat, budak sekarang dah jadi hamba teknologi sampai jadi macam itu, sangat menyedihkan generasi akan datang," jelas Gareth Leonard.
Namun, punca kejadian itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan hal tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram