[VIDEO] Malaysia tunggu gergasi Asia di semifinal Piala Dunia Sepak Takraw


  • Podium
  • Isnin, 20 Mei 2024

Sebahagian aksi menarik antara pemain Malaysia (jersi biru) ketika berdepan cabaran Jepun. — Facebook/WarisanTakraw.my

PASUKAN sepak takraw negara bagi acara double dijangka tidak mengalami kesukaran untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mencatat kemenangan bergaya dalam peringkat Kumpulan A di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Malaysia yang diwakili Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Aidil Aiman Zawawi dan Baihakki Aripin menceriakan penonton yang hadir ke stadium dengan kemenangan straight set 15-9, 15-3 berdepan pasukan Jepun.

Skuad double negara mempamerkan persembahan luar biasa apabila membenarkan pasukan Jepun hanya mengutip 12 mata dalam dua set perlawanan itu.

BACA LAGI: Selain Syafiq, loan TFC, 2 ex Sabah berisiko hilang kelab andai Kenari patah sayap

BACA LAGI: 'Jangan salahkan seseorang dalam pasukan', hantaran Insta Story Wan Zack cetus tanda tanya

WhatsApp Image 2024-05-20 at 18.05.57

Skuad double negara meraih kemenangan mudah apabila menewaskan Jepun dengan keputusan 2-0. Facebook/WarisanTakraw.my

Sekiranya Malaysia mampu menewaskan Brunei dalam perlawanan kedua acara double yang akan berlangsung pada Isnin, skuad negara akan bertemu naib juara Kumpulan D iaitu Korea Selatan di suku akhir.

Melihat kepada prestasi semasa, Malaysia mempunyai peluang cerah untuk bergelar juara Kumpulan A sekali gus menundukkan cabaran Brunei.

Aidil Aiman selaku kapten acara double mengakui bersyukur selepas memperoleh kemenangan pertama biarpun dia pada awal perlawanan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan.

Menurutnya, meskipun berjaya atas cabaran Jepun, namun ia bukanlah perkara yang mudah jika tidak mempunyai latihan yang mencukupi.

"Ia bukanlah mudah namun dengan latihan yang mencukup kami dapat meraih kemenangan pertama.

"Insya-ALLAH, kami akan buat yang lebih baik berdepan Brunei nanti," katanya kepada Majoriti.

Ditanya mengenai pemilihan pasukan yang mahu diberi cabaran oleh Malaysia dalam peringkat semifinal, Aidil memilih menentang Myanmar berbanding Indonesia.

Hal ini kerana, menurut Aidil, rakan sepasukannya, Noraizat dilihat mempunyai kelebihan untuk menahan servis killer pasukan Myanmar.

"Bagi saya, elok menentang Myanmar kerana Noraizat mempunyai keyakinan untuk menahan servis mereka," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram