SEORANG wanita yang juga ibu kepada dua orang anak maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Greenwood, Gombak, Selangor, pada Rabu.
Difahamkan, kemalangan melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Saidatul Nisa itu berlaku sekitar pukul 3 petang.
Berdasarkan foto dikongsikan orang awam, mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia di tempat kejadian dilihat terbaring di atas laluan kiri jalan, tidak jauh dari sebuah lori yang turut berada di persimpangan lampu isyarat terbabit.
BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan
BACA LAGI: Baru panas enjin, nanti Syafiq Ahmad tak pasal-pasal kena balik JDT
KEMALANGAN MAUT DI GREENWOOD (21/5/2024)
Ada kemalangan maut berlaku dalam pukul 3 petang tadi di persimpangan lampu isyarat Greenwood. Mangsa seorang penunggang motor wanita yang bernama Saidatul Nisa. Punca kejadian masih belum diketahui.
Salam takziah kepada keluarga mangsa. pic.twitter.com/MibSIfw0O7
— Asal Gombak (@AsalGombak) May 21, 2024
Punca kejadian bagaimanapun masih tidak dikenal pasti.
Pada masa sama, gambar mangsa bersama dua orang anaknya yang masih kecil di telefon bimbitnya turut tular di media sosial.
Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram