SEORANG pemandu kereta nyaris maut apabila tangki minyak kereta Proton Wira miliknya terbakar dan meletup ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, Perlis pada Jumaat.
Kejadian berlaku sekitar pukul 4.10 petang yang mana mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu sedang berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol pada kereta Proton Iswara Aeroback.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku punca kebakaran atau cetusan api itu bermula di bahagian kiri tempat duduk hadapan penumpang.
BACA LAGI: Tindak balas telefon bimbit, wap petrol punca kereta meletup di stesen minyak Perlis
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki selisih maut, kereta rentung ketika isi minyak di Kangar
“Malah, pihak bomba turut mengesyaki bahawa cetusan api ini adalah dari tindak balas sampel yang diambil iaitu sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kereta itu sehingga tercetusnya ‘spark’ percikan api awal yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kiri tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Yusharifuddin, setakat ini kebakaran adalah disebabkan kemalangan semata-mata dan tiada unsur jenayah ditemui.
Tahukah anda semalam di Repoh, Perlis, sekitar jam 4.10 petang, satu kereta Iswara meletop masa tengah isi minyak.
Dari gambar lepas bomba padam kebakaran, kita boleh nampak dalam Iswara tu ada satu box besar.
Box tu sebenarnya tangki minyak.
Puak ni orang utara panggil "geng... pic.twitter.com/wsE2oY1pih
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) May 18, 2024
Namun, kejadian itu juga menimbulkan syak wasangka dalam kalangan netizen yang mendakwa kenderaan itu digunakan untuk menyeludup minyak ke negara jiran.
Melalui satu ciapan @FaktaBukanAuta pada Sabtu mendakwa kenderaan tersebut telah diubah suai untuk membawa muatan minyak yang bakal diseludup.
"Tahukah anda semalam (Jumaat) di Repoh, Perlis, sekitar pukul 4.10 petang, satu kereta Iswara meletup masa tengah isi minyak.
"Dari gambar lepas bomba padam kebakaran, kita boleh nampak dalam Iswara tu ada satu box (kotak) besar. Box tu sebenarnya tangki minyak.
"Puak ini orang utara panggil 'geng tarik minyak' (penyeludup minyak). Dia isi minyak subsidi kita dan dia bawa keluar jual di Thailand. Untung berlipat kali ganda.
"Tuhan bayar cash kat pengkhianat negara," dakwanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menyedari kotak besi bewarna hitam tersebut dan mengaitkannya dengan aktiviti penyeludupan minyak.
@saiful_Ahmad berkata, sebagai anak jati Perlis, dia sudah terbiasa melihat kenderaan yang diubah suai seperti itu.
"Ini Perlis, tiada yang mustahil. Penyeludupan minyak ini berlaku setiap hari dan apabila kerajaan nak wujudkan subsidi bersasar ia satu tindakan bijak sebenarnya," dakwanya.
Seorang lagi warga maya @zack_is_great turut bersetuju dengan @saiful_Ahmad.
Itu sebab kerajaan nak buat subsidi bersasar. Tiada lagi minyak dijual dengan harga subsidi di stesen-stesen minyak, semua ikut harga pasaran.
"Semua yang layak dapat subsidi akan dapat duit subsidi melalui cash transfer ke akaun bank.
"Selepas ini geng tarik minyak (curi subsidi) boleh pergi m****s," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram