PENDUDUK pangsapuri Putra Ria di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dikejutkan dengan penemuan mayat bayi yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan mayat bayi yang ditemukan itu bukan akibat dibunuh.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurus pangsapuri tersebut mengenai penemuan itu pada pukul 9.33 pagi.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap mayat bayi mendapati kecederaan pada pipi kiri bayi disebabkan oleh haiwan kerana dibuang berhampiran tempat pembuangan sampah.
BACA LAGI: Subsidi bersasar, rebat ‘one off’ KWSP antara harapan rakyat dalam Perutusan Negara PM Anwar
BACA LAGI: Laporan interim berhubung Suruhanjaya Pekerja Gig akan dibentangkan kepada Kabinet pada Jun — KSM
Pemeriksaan terhadap mayat bayi mendapati kecederaan pada pipi kiri bayi disebabkan oleh haiwan kerana dibuang berhampiran tempat pembuangan sampah. — Facebook
Tambahnya lagi, suspek yang membuang mayat bayi perempuan di bawah kereta Proton Iswara di Apartment Putra Ria dipercayai tinggal di luar kawasan berkenaan.
“Kami telah merekodkan keterangan enam individu termasuk yang menemui bayi itu dan saksi lain.
“Hasil siasatan, bayi itu dibuang oleh seseorang yang bukan berasal dari kawasan itu dan penduduk mendakwa tiada individu mengandung atau baru melahirkan bayi," katanya pada sidang media pada Selasa.
Ku Mashariman berkata, polis sedang menyiasat lanjut bagi mengenal pasti dan mengesan suspek.
“Kami perlu menyiasat lebih dalam untuk menangkap pelakunya,” katanya.
Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai menyembunyikan kelahiran secara rahsia.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi talian hotline polis di talian 03-2115 9999 atau pergi ke balai polis berhampiran. — The Star/FARIKZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram