[VIDEO] Pemandu naik hantu 'King' kena hentam Nissan Fairlady di Genting Highlands


  • 112
  • Selasa, 19 Mac 2024

Sebuah kereta model Nissan Fairlady 370Z Coupe dan Perodua Myvi dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands pada Ahad.

SEBUAH kereta model Nissan Fairlady 370Z Coupe dan Perodua Myvi dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu berlaku apabila kereta Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dalam perjalanan dari Goh Tong Jaya ke Genting Highlands.

Menurutnya, pemandu Nissan dipercayai hilang kawalan ketika di selekoh sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Myvi berkenaan.

“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Saya mualaf, masih banyak perlu belajar’, Ricky Shane Ca mohon maaf hina Islam, dibawa ke balai selepas 6 jam dikepung bawah rumah di Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara pertahan hak pendidik dan pelajar, guru kena 'headshot' lepas pulang mengajar

Zaiham memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu kenderaan secara berhemah.

Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu Myvi meninggikan suaranya terhadap pemandu Nissan Fairlady.

Dia mendakwa pemandu Nissan Fairlady itu berlumba hingga menyebabkan berlakunya kemalangan terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram