MEMBELI-BELAH secara dalam talian menerusi platform e-dagang menjadi antara kaedah pilihan orang ramai pada masa kini lebih-lebih lagi menjelang hari perayaan.
Namun, tanpa disedari, ia memberi kesan negatif terhadap sektor peruncitan atau retail yang mengharapkan keuntungan daripada pelanggan secara fizikal.
Sebelum ini, rakyat dihangatkan dengan pelbagai cerita tentang kemerosotan jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri seperti di Jalan Tun Abdul Razak (TAR), Kuala Lumpur.
BACA LAGI: Anak yatim 7 beradik dijaga nenek uzur ukir senyuman nikmati bufet hotel di Putrajaya
Keadaan bazar Aidilfitri Jalan TAR yang sesak dengan pengunjung tetapi masih tidak mencapai hasil jualan tinggi. — The Star
Ramai peniaga yang meluahkan keluhan dan menganggap bahawa 2024 merupakan tahun berniaga paling teruk untuk mereka.
Berdasarkan tinjauan Majoriti di bazar Aidilfitri Jalan TAR baru-baru ini, orang ramai dilihat memenuhi kawasan sepanjang bazar sehingga menyebabkan kesesakan.
Malangnya, apa yang mengejutkan adalah kebanyakannya hanya sekadar 'mencuci mata' dan mengambil suasana menjelang raya.
Menurut seorang pengunjung bazar Jalan TAR, Muhamad Hakimi Sani, 24, perkara itu dapat dilihat sangat ketara sekali gus membawa kemungkinan bahawa sektor retail tidak lagi relevan.
Ditambah lagi dengan baucar dan diskaun yang boleh diperoleh di platform beli-belah online, ramai yang suka berbelanja untuk menikmati penjimatan yang ditawarkan.
"Tak mustahil sektor retail akan mati jika keadaan ini terus berlaku. Tambahan pula dengan perkembangan teknologi dan media massa kini.
"Lagi pun banyak faktor yang mendorong perkara itu berlaku. Antaranya, membeli secara online lebih mudah, cepat dan murah," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: Imam dakwa telefon 'Tuhan' sebelum sambut Aidilfitri awal, ada jemaah dari Malaysia
Perniagaan dalam talian mungkin bakal menerajui berbanding retail. — Gambar hiasan
Baginya, jika semua perniagaan membuat jualan secara dalam talian, ia turut bakal menjejaskan sosioekonomi masyarakat sejagat.
Hakimi berkata, perkara itu akan membantutkan perkembangan komunikasi antara sesama manusia secara fizikal.
"Jika tiada lagi kedai-kedai retail, mungkin cara komunikasi masyarakat akan berubah dan tidak efektif seperti sedia kala.
"Seperti yang kita tahu, berkomunikasi dalam talian tidak sama dan tidak sampai secara keseluruhannya. Ia juga boleh menimbulkan salah faham kerana tiada lagi ekspresi fizikal," katanya lagi.
Pada masa sama, dia tidak menafikan bahawa generasi pemerintah memainkan peranan penting dalam isu berkenaan.
"Pemerintah dari generasi Z atau Alpha lebih cenderung untuk mengaplikasikan teknologi setaraf dengan negara-negara maju yang lain," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram