'Butang panik' antara 3 solusi terbaik atasi masalah buli dalam kalangan murid sekolah


  • Massa
  • Selasa, 26 Mac 2024

Perkongsian video yang dimuat naik di laman media sosial tentang kes buli yang melibatkan pelajar sekolah menjadi titik persoalan sampai bila gejala yang kurang sihat ini berlaku dalam masyarakat kita. — Gambar hiasan

GEJALA buli dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di Malaysia semakin mendapat liputan dalam media massa pada ketika ini.

Acap kali kita melihat laporan berita dan perkongsian di media tentang kes-kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah sehinggakan ada yang menyebabkan kematian.

Pada masa sama, perkongsian video yang dimuat naik di laman media sosial tentang kes buli yang melibatkan pelajar sekolah menjadi titik persoalan sampai bila gejala yang kurang sihat ini berlaku dalam masyarakat kita.

Terbaharu, insiden yang menimpa Mohammad Nazmie Aizzat dibelasah hingga maut hanya kerana dituduh mencuri RM85 pelajar lain di asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat menggemparkan seluruh negara.

Manakan tidak, pelajar malang berusia 17 tahun itu ditemui maut dalam keadaan terbaring di lantai dalam sebuah bilik asrama kolej itu.

Susulan daripada kejadian itu, rata-rata orang awam menggesa pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan tegas dan memperkenalkan langkah-langkah dalam mengatasi masalah buli di institusi pendidikan.

BACA LAGI: Badan penuh lebam, Muhd Nazmie Aizat maut kena belasah dalam asrama kolej vokasional di Lahad Datu

WhatsApp Image 2024-03-23 at 21.05.56

Muhd Nazmie Aizat (gambar kecil) ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu. — PDRM

Berikut adalah tiga langkah yang boleh diperkenalkan oleh KPM bagi mengatasi masalah buli sekali gus mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

1. Wujudkan butang panik

panicbuttons

Butang panik boleh digunakan oleh pelajar yang berada dalam situasi cemas atau berbahaya dan memerlukan bantuan segera untuk menyampaikan aduan. — Gambar hiasan

Setiap institusi pendidikan terutamanya sekolah yang mempunyai asrama seharusnya mempunyai butang kecemasan atau panic button di setiap bangunan asrama.

Kemudahan itu boleh digunakan oleh pelajar yang berada dalam situasi cemas atau berbahaya dan memerlukan bantuan segera untuk menyampaikan aduan.

Peralatan keselamatan itu berfungsi apabila butangnya ditekan. Isyarat kecemasan akan segera dihantar ke bilik pengawal atau warden bertugas.

BACA LAGI: Dituduh curi RM85 punca Mohammad Nazmie Aizzat dibelasah hingga maut

2. Saluran interkom

Types+of+Intercoms

Sistem interkom dapat merakam dan membolehkan sekolah menyimpan video tentang perkara yang berlaku di asrama. — Gambar hiasan

Sistem interkom sekolah berguna kerana ia mampu membantu menjadikan sekolah lebih selamat.

Pihak sekolah boleh meletakkannya di pintu utama asrama untuk kegunaan pelajar. Antara kelebihan lain sistem interkom ini dapat merakam dan membolehkan sekolah menyimpan video tentang perkara yang berlaku di asrama.

Pada masa sama, interkom sekolah yang berkesan boleh membantu meningkatkan lagi isu keselamatan pelajar sekiranya berlaku kecemasan.

Pelajar yang dibuli juga boleh menghubungi warden atau guru yang bertugas dengan cepat sekiranya mereka diganggu pelajar lain.

BACA LAGI: Kes pelajar mati dipukul Lahad Datu: KPM tidak kompromi, minta hormati privasi keluarga mangsa

3. Warden asrama sepenuh masa

1403422

Jika asrama mempunyai warden asrama sepenuh masa yang terlatih dengan model latihan bagi menzahirkan pembangunan karakter pelajar, sudah tentunya mereka dapat memainkan peranan lebih fokus dalam aspek mendisiplinkan pelajar. — Gambar hiasan

Mewujudkan jawatan warden sepenuh masa yang bukan dalam kalangan guru akademik adalah langkah terbaik dalam mengatasi masalah pengurusan sekolah.

Untuk lantikan warden, individu berkenaan perlulah melepasi ujian yang ditetapkan oleh KPM dan mempunyai latihan asas seperti unit beruniform yang lain.

Jika asrama mempunyai warden asrama sepenuh masa yang terlatih dengan model latihan bagi menzahirkan pembangunan karakter pelajar, sudah tentunya mereka dapat memainkan peranan lebih fokus dalam aspek mendisiplinkan pelajar.

Selain itu, warden yang dipilih adalah dalam kalangan yang mempunyai kekuatan dari segi kemahiran bimbingan dan kaunseling, kemahiran mengurus personaliti, ketinggian peribadi, memiliki ilmu kerohanian dan pelbagai kemahiran lain yang boleh membantu meningkatkan keperibadian pelajar yang jauh dari jagaan ibu bapa pelajar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram