'Tunggu aku balik,' sahabat tidak sangka sambut kepulangan jenazah polis terkorban, patut sama berkonvoi


  • Massa
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar (kiri) dan Konstabel Muhamad Syqfiq Ahmad Said (kanan) yang maut di lokasi kejadian akibat ditetak di belakang leher dan kepala oleh suspek dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat.

"TUNGGU aku balik." Itu antara kata-kata terakhir Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat tidak sangka menjadi petanda pemergiannya.

Kepulangan jenazahnya di kampung halaman di Kuantan, Pahang pada Sabtu dikunjungi beberapa ahli keluarga termasuk sahabat-sahabat arwah.

Salah seorang rakannya, Mohammad Fakhrul Syakirin, 19, berkongsi bahawa arwah yang lebih mesra dengan nama panggilan Ami sempat meninggalkan pesan 'tunggu aku balik' dan sepatutnya mengikuti konvoi ke Utara Semenanjung akhir Jun nanti.

BACA LAGI: Anggota JI dalang serangan Balai Polis Ulu Tiram — Ketua Polis Negara

BACA LAGI: 'Di mana-mana ada kisah kau Mi. Ya ALLAH kami tak kuat,' kakak polis terkorban Balai Polis Ulu Tiram tahan sebak

2699653

Wajah suspek (gambar kecil) yang didakwa menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat kini bertebaran di media sosial.

Fakhrul turut mendedahkan arwah sememangnya sering melakukan aktiviti bersama rakan di kampung apabila pulang bercuti.

Sementara itu, Ibu bapa Allahyarham, Ahmad Said Md Piah, 65, dan Aini Mohd Shariff, 57 kelihatan tenang menerima tetamu dan sesekali dilihat menyeka air mata kerana terkesan dengan pemergian anak ketujuh daripada lapan beradik itu.

Pada masa sama, Pegawai Khas Menteri Besar Pahang (Hal Ehwal Islam) Yunan Abdul Samad yang mewakili Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut hadir menyerahkan sumbangan RM8,000 kepada bapa mangsa.

Dalam kejadian pukul 2.45 pagi Jumaat, Muhamad Syafiq dan rakannya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang manakala seorang lagi anggota Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Polis mengesahkan suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian berkenaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram