[VIDEO] Penduduk Kampung Padang China tanggung bau busuk najis hari-hari angkara pemilik biar lembu berkeliaran sesuka hati


  • Tular
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Keadaan jalan (gambar kiri) di kampung berkenaan yang dipenuhi dengan taik dipercayai milik lembu peliharaan yang dibiarkan berkeliaran di Kampung Padang China, Kulim. — Facebook

GARA-gara tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kandang yang dipercayai melepaskan lembu belaannya sesuka hati, penduduk di Kampung Padang China, Kulim, Kedah, terpaksa berdepan bau busuk najis haiwan berkenaan yang ditinggalkan merata di kawasan rumah mereka.

Perkara itu dikongsikan salah seorang penduduk di kawasan tersebut yang menggunakan nama Ain Hisham di Facebooknya.

BACA LAGI: Umno boleh bangkit tanpa tukar Ahmad Zahid, pendekatan ‘data driven’ antara langkah disaran KJ

BACA LAGI: 'Tiada keperluan untuk reformasi pelantikan ahli, Pengerusi SPR'

"Rumah aku ni aman damai, tiada bising hiruk pikuk apa. Tapi ada manusia yang tak tahu hukum hakam. Bela lembu tapi lepas merata.

"Malam-malam lembu biar pergi merata. Berak kencing merata dekat rumah orang. Pakai kopiah tengok 24 jam tapi hari-hari lembu berak dekat rumah orang.

"Cara ni hampa rasa aku nak keluar rumah macam mana, mengelak macam mana pun akan langgar juga kalau dah penuh macam ni," tulisnya menerusi hantaran berkenaan pada Jumaat.

Menerusi hantaran tersebut, Ain Hisham turut berkongsikan beberapa foto memaparkan keadaan najis haiwan tersebut yang berada merata di atas jalan dan rumput sekitar kawasan kediaman.

WhatsApp Image 2024-05-17 at 8.33.27 AM

Tangkap layar video rakaman CCTV memaparkan sekumpulan lembu yang dibiarkan berkeliaran pada waktu awal pagi.

Dalam pada itu, terdapat juga satu video diambil daripada kamera sistem keselamatan litar tertutup (CCTV) pemilik kediaman memaparkan beberapa ekor lembu yang dibiarkan berkeliaran pada waktu awal pagi.

"Lembu ni hari-hari tau mai berak dekat rumah aku, tapi tuan dia lalu buat tak tahu sahaja. Tak rasa nak kutip segala taik tu.

"Rumah dia elok, rumah orang busuk. Bangun pagi-pagi bukan hirup udara segar, hirup bau berak kencing lembu," katanya.

Di ruangan komen, Ain Hisham turut memaklumkan pihaknya juga merancang untuk membuat laporan berhubung isu tersebut kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Belum ada kenyataan Majlis Perbandaran Kulim berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram