[VIDEO] Kes mahkamah ayah saya tidak akan selesai dalam tempoh terdekat — Nooryana


  • Massa
  • Khamis, 16 Mei 2024

Nooryana Najwa (kiri) beri bayangan bapanya, Najib Razak tidak akan dibebaskan buat sementara waktu ini.

ANAK bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi bayangan bahawa kes mahkamah melibatkan bapanya, tidak akan selesai dalam masa terdekat.

Perkara itu dikongsikan Nooryana Najwa menerusi laman Instagram peribadinya pada Khamis.

“Ramai yang bertanya bila Najib, Bossku boleh dibebaskan? Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun beri isyarat.

BACA LAGI: [VIDEO] Najib bebas 2028, hukuman penjara, denda dikurangkan lebih 70 peratus — Lembaga Pengampunan

BACA LAGI: Andai benar dapat pengampunan, 5 perkara yang boleh dilakukan Najib Razak

“Kes mahkamah ayah saya tidak akan selesai dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.

Bagaimanapun, beliau menegaskan hanya akan memberi cadangan tersebut jika diminta oleh Seri Paduka Baginda.

Datuk Seri Najib Tun Razak accompanied by Datin Seri Rosmah Mansor speaks to the press at parliament, Monday, July 22, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Najib berdepan pertuduhan akibat rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana 1MDB. — THE STAR/RAJA FAISAL HISHAN

Sementara itu, menurut pengendali akaun Facebook Najib Razak, kerajaan didakwa tidak berlaku adil dan pihak keluarga perlu menunggu dalam tempoh lebih lama untuk menyelesaikan kes di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Menurutnya, jika terdapat Titah Adendum, kerajaan perlu melaksanakan segera baki hukuman penjara Najib di rumah.

“Adakah Anwar sedar bahawa ketidakadilan besar sudah berlaku ke atas Najib seperti diputuskan hakim besar kedua paling kanan dalam Malaysia dan dia sedang dipenjarakan hanya sebab hakim kata ia bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta daripada dana yang sudah pun dilulus dan dibayar untuk kerja sedekah?

“Memandangkan perbicaraan kes 1MDB masih di peringkat pendakwaan di Mahkamah Tinggi, mungkin perlu ambil masa beberapa tahun lagi untuk selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Jika wujud titah Yang di-Pertuan Agong maka kerajaan perlu patuh dan dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Untuk rekod, Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung RM42 juta yang telah disedut daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau dalam pada masa sama berdepan perbicaraan berkaitan kes salah guna kuasa melibatkan dana kewangan mencecah RM2.28 bilion, yang juga dipercayai memiliki kaitan dengan 1MDB. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram